38 Minggu

Minggu ini saya dah masuk minggu ke 38, saspen hihi! Sebabnya saya bersalinkan azri pada minggu ke-38 lah. Tapi masa tu bukan sebab ada rasa sakit, turun air atau darah pape ke, saya yang menyerah diri ke hospital atas alasan baby tak gerak sangat, bila dah buat CTG, keadaan baby normal je. Sebelum balik doktor buat VE, tengok2 jalan dah bukan 3 cm, apalagass terus kena tahan dan di induce! Keluarlah azri seberat 3.6 kg setelah hampir 12 jam ‘bertarung’ huhu.

Mungkin dahulu saya panik tak tentu pasal maklumlah anak pertama kan. Bila kiraan tak cukup 10, mula lah cuakk. Kali ini, saya harap biar lah secara semulajadi pula. Scan masa check-up minggu lepas, baby dah 3.47kg +-. Oh, saya sudah ‘merdeka’ yer! Lepas buka cerclage masa 36 minggu, doktor kata dah tak perlu bed-rest lagi.

Sekarang ini, tengah menghadapi kesukaran untuk tidur pula. Susah nak lelapkan mata walaupun dah mengantuk kerana keadaan diri yang tidak se-selesa dahulu lagi untuk semua posisi, baik mengiring kiri-kanan apetah lagi kalau berbaring biasa. Saya akan rasa lenguh pada bahagian sisi pinggang. Apa yang saya kena lakukan adalah duduk dan tidur di kerusi dahulu sehingga betul-betul terlelap kemudian bila tersedar baru pindah ke katil semula. Begitulah rutin tidur malam saya sejak minggu-minggu akhir ini. Dugaan-dugaan..

Mujur ‘terjebak’ beli kerusi nursery glider ini dahulu. Kat kerusi ini lah saya tidur sementara tiap-tiap malam. Sambil goyang-goyang terus tertidur, kih kih!

3 thoughts on “38 Minggu

  1. Ila says:

    bestnyer nak dapat baby..rindu nak ade baby kecik..hehehe

  2. dah tak lama je tu =D.. tapi kalau saya dah rasa lama sangat dah sebab anak 1st lahir 35wks, yg 2nd 36wks.. kalau 38wks, mesti dah boring tunggu =Dbtw, take care =D

  3. mystory says:

    wah,sat je mase berlalu….lg 2 mggu ckup tempoh n within that time dh leh tgk baby….heheh….bestt kn….kali ni expected baby ape?…..mcm sy ank 1st 39 weeks, 2nd 40 weeks 2 days…..huhhu…..moga kelahiran kali ni selmt semuanya k…….x sabar nyeee nk pegang baby kn…..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: