Permohonan Penyertaan Ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Pantai Timur (Terengganu) Pada 14-16 Mei 2011

Merujuk kepada perkara diatas, satu e-mail jemputan ke bengkel latihan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian (PPIMM)/Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) bagi Zon Pantai Timur (Terengganu) telah pun dihantar kepada semua yang telah menghantar butiran ke pihak pengurusan PPIMM/MBfPC sebelum ini.

Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:

Tempat:Pok Ju Homestay, Lot 12706K Taman Permint Perdana Fasa V, Hulu Takir, Kuala Terengganu.
Tarikh :14-16 Mei 2011
Waktu :8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100

Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengkel latihan ini.

Borang-borang yang dilampirkan didalam e-mail jemputan daripada pihak pengurusan PPIMM/MBfPC adalah:

1. Borang Permohonan (MBfPC Application Form.Doc)
2. Borang Soal selidik (MBfPC-Questionnaire)

Diminta pada semua yang menerima e-mail jemputan tersebut untuk mengisi borang-borang berkenaan dan mengembalikan borang-borang tersebut kepada admin@malaysianbfpc.org sebelum 26 April 2011. Permohonan yang masuk selepas 26 April 2011 tidak akan dilayan.

Pihak pengurusan PPIMM/MBfPC akan menghantar e-mail jawapan beserta surat jemputan bagi permohonan yang berjaya kepada peserta mulai 29 April 2011. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap permohonan yang berjaya. Maklumat pembayaran akan disertakan sekali bersama e-mail jawapan tersebut.

Pastikan pada yang telah menghantar butiran sebelum ini untuk menerima e-mail dan borang-borang berkenaan untuk diisikan. Sekiranya masih tidak menerima apa-apa borang, sila maklumkan kembali kepada pihak admin@malaysianbfpc.org

Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada admin@malaysianbfpc.org atau berhubung terus dengan saya ditalian (012-2045646).

Pernyertaan juga masih lagi dibuka kepada yang berminat. Hantaran butiran anda ke admin@malaysianbfpc.org.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: