Cerclage removed

Alhamdulillah, cerclage saya sudah di keluarkan. Sekarang menunggu proses bersalin semulajadi seperti biasa sahaja pada bila-bila masa. Kalau tiada apa-apa tanda contraction etc, menjelang esok petang saya dah boleh keluar dah, yeay! Kurang sudah kegusaran membawa kehamilan hingga mencecah tempoh full-term sejak dari kehamilan 24 minggu semasa cerclage dipasang dan dibuka apabila kandungan masuk 36 minggu kelak.

Kini, sudah pun masuk 36 minggu, dan cerclage dipasang sudah pun dibuka. Walaupun masih belum kira cukup bulan dari segi kiraannya (38 minggu) namun lega sepanjang tempoh (cerclage dipasang) saya tidak mengalami apa-apa adverse effect dari pemasangan itu seperti kebarangkalian yang diterangkan oleh doktor. Semuanya berjalan lancar, alhamdulillah.

Proses menanggalkan cerclage itu tidaklah seteruk yang saya fikirkan. Sebelum ini, saya menjangkan yang saya perlu masuk OT semula, cucuk spinal untuk anaesthetic sama seperti proses untuk memasangnya dahulu. Mungkin sebab saya telah mengugel dahulu what-to-expect selepas cerclage dikeluarkan dan bermacam-macam jawapan yang saya baca di forum-forum.

Ada yang kata sakit, ada pula yang kata tidak. Ada yang terus bersalin selepas cerclage dibuka (severe cramping, contraction etc). Ada pula yang 2-3 hari selepas itu, ada yang 2-3 minggu etc. Dari apa yang saya alami tadi, proses membuka cerclage itu tidak menyakitkan, terasa seperti sedang membuat pap smear. Doktor hanya insert speculum, suluh sedikit dan gunting suture yang dipasang. Dan proses itu hanya dilakukan diwad sahaja, fuh lega! Tak perlu cucuk spinal lagi!

Saya masih lagi stay semalam dihospital sehingga esok, jika tiada apa-apa gesaan saya dah boleh pulang ke rumah. Berdebar untuk tunggu proses bersalin semula jadi.

2 thoughts on “Cerclage removed

  1. rafiza says:

    berdebar juga untuk engkau..gudlauck eh, semoga selamat semua…

  2. wahhh.tunggu ari jelaa yeaaa..macam2 orgkaan masa pregnant dilalui dgn penuh kesukaran nak gerak sana sni pun payah mana tau time nak bersalin nnt dipermudahkannn insyaallah..teringat lak time daku dulu time pregnant just mabuk teruk yg lelain semua ok dkt nak beranak pun aku kesana kemari tp sape sangka time beranak alami kesukaran lakk huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: