Nasi berlauk durian, gula melaka dan santan

Ape ni yer? Kalian pernah makan tak agak-agak, hihi! Hahh, ini stail orang melaka kata mak saya. Makan durian, gula melaka dan santan bersama nasi. Hari ini mak saya berbuka puasa dengan lauk ini.

Phew, mula-mula saya membayangkan durian makan dengan nasi pun rasa macam tak boleh nak telan, ditambah dengan santan dan gula melaka pulak tu. Sebab bagi saya, nasi bukan untuk dimakan dengan sesuatu yang manis, huhu! Haha jangan tak tahu, ini adalah trip kedua saya mengulang makan nasi dengan durian bersulamkan santan dan gula melaka. Mula-mula tu amik skit je, 2 sudu je nasi. Bila dah rasa, ehh, boleh tahan gak ler. Kena plak dengan durian yang kuning kaw-kaw tuh, hihi, terus tambah se-round lagi.

Perghh, lupa diri sekejap yang baru nak kebah dari tak sihat, selsema, sakit tekak bagai ni, huhu! Tapi memang tak boleh diamalkan selalu, bahaya! Dah ler manis, tambah dengan gula melaka lagi, pastu santan lagi!

5 thoughts on “Nasi berlauk durian, gula melaka dan santan

  1. skrg ni musim panas pastu org pun semua sibuk makan durian ekk hahaha..nasi?biasa kalo pemili aku diorang makan durian ngn pulut,buh santan n gulaa..dulu belakang umah byk giler buah durian tembaga yg kuning menyala tu siap mak aku wat kenduri durian lagik hahaha pakat semua jiran2 makan buah duriann..kalo aku lak suke buh durian dlm peti sejuk nnt sejuk n nikmat je bila makan hihihi

  2. mirah says:

    kami makan nasi pulut campur santan gula merah dgn durian. Dgn nasi biasa blm pernah cuba lak..

  3. Hayatie says:

    Cik puan nurul & Mirah: Kalau makan dengan pulut tu memang biasa. Mak mertua kat batu pahat suka buat serawa durian tu, pastu makan dengan pulut.šŸ™‚

  4. rozsa rosza says:

    sedap sedap.. kalau orang perak, makan nasi+durian+gula putih+air garam.. pergh.. sedap sangat.. tambah2 kalau durian isi kuning2..

  5. Ain says:

    a'ah..orang Kedah pon sama…makan durian dengan nasi ni dah jadi kebiasaan…nasi+air garam+gula+durian.. nanti cuba try tengok..incik suami pun tak penah makan..nak ajaq dia makan ngn nasi…bila ckp kat dia, dia pelik sgt…hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: