Mimpi

Beberapa hari lepas, saya bermimpi saya sudah pun bersalin. Bercampur baur mimpi saya tu. Ada adegan seram, adegan sinetron, hihi! Didalam mimpi tersebut, saya bersalin di sebuah klinik desa dalam satu kawasan kampung.

Masa tu, saya datang bersama azri, suami saya tengah dalam perjalanan pulang dari Batu Pahat. Tapi watak azri tenggelam timbul dalam mimpi saya tu, hihi. Saya sampai diklinik tu waktu petang, ramai pula yang sedang menunggu giliran untuk bersalin. Yang hairannya, saya nak bersalin tapi tak rasa sakit pape pun.

Jadi, lepas seorang demi seorang bersalin sampai lah nak senja. Doktor bertugas pun dah habis tempoh syif, tinggalah nurse-nurse yang syif malam untuk handle mak-mak yang nak bersalin, buleh kah, hihi! Yang pelik giliran saya belum tiba-tiba, hari pun dah senja.

Tiba-tiba ada sorang nurse tergopoh-gopoh nak tutup tingkap sebab terlupa nak tutup awal. Kemudian dia kata ‘..kat sini memang kena tutup tingkap sebelum senja menjelang kalau ada ibu-ibu yang sedang bersalin diwaktu senja, habislah ni pun dah terlambat tutup, ada juga yang mak yang tengah bersalin tu tersampuk karang“.

Saya pun cuak lah gak kan (dah masuk adegan seram plak mimpi saya ni, hihi!). Tup-tup mak yang tengah bersalin tu pun tersampuk, dah macam ala-ala hantu cerita korea kat hospital. Dah lah mak tu tengah pakai baju putih hospital, dengan rambut terus jadi panjang tutup muka, sambil pegang baby dia!. Semua yang menunggu, nurse termasuklah saya lari lintang pukang dalam klinik tu. Yang pelik lagi semuanya tak keluar dari klinik, lari-lari dalam tu je.

Tak lama adegan seram tu, mak tu pun dah ok. Boleh plak dia kata, bila masa dia kena sampuk! Dia ok je, apesal semua orang lari. Dah setel tu, tiba lah giliran saya pula. Masih tak rasa sakit bersalin pun, tahu-tahu baby dah keluar je, punya lah senang. Terus initiate breastfeeding dalam masa 1/2 jam pertama kelahiran. Pastu saya pun terjaga, hihi! Yang pelik, saya datang dengan azri tapi pastu wataknya terus hilang dalam mimpi tu.

Mungkin saya terlalu memikirkan proses bersalin saya kelak, apa yang saya harapkan, apa yang saya mahukan dan sebagainya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi, hihi!

Apa yang saya harapkan untuk proses bersalin kali ini:

  • Ianya datang secara semulajadi, tidak perlu diinduce seperti semasa kelahiran azri dahulu.
  • Proses kelahiran berlaku dengan lebih cepat. (Kelahiran dulu, saya menghabis hampir 12 jam (dari 6pm-6am) didalam labor room, sangat stress!)
  • Berpeluang untuk memulakan penyusuan dalam masa setengah jam selepas kelahiran, skin-to-skin, etc.

5 thoughts on “Mimpi

  1. Aku_tulip says:

    saya selalu baca blog ni….rasanya tak pernah anta komen…tapi hari ni ..rasa mcm nk gelak guling², baca mimpi tu….saya doakan semua nya ok…Insya'allah

  2. saya pun rasa seram untuk bersalin kali kedua ni.. tak tau kenapa.. saya takut its not as smooth as the first one.. saya doakan perjalnaan bersalin kita berdua smooth sailing.. ameennn..🙂

  3. Hayatie says:

    Aku_tulip: hihi, terima kasih :)rose: hehe!cik puan daun: Insyallah, semoga perjalanan kita dimudahkanNya juga, Amin!

  4. semoga dimudahkan segala urusan yatie.. jg diri bebaik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: