Saringan selesai & Permohonan yang berjaya

Fuh, selesai sudah proses saringan untuk permohonan penyertaan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC. E-mail jemputan sudah pun diedarkan kepada yang telah terpilih mulai hari ini. Notis makluman pun sudah di war-warkan dalam Facebook dan juga forum susuibu.com.

Pada yang telah terpilih diharap tidak akan melepaskan peluang untuk menimba ilmu sebagai pembimbing dalam penyusuan susu ibu. Ianya adalah sebagai langkah pertama bagi mereka yang mempunyai semangat untuk membantu ibu-ibu yang menyusu diluar sana. Langkah dalam mencari ilmu untuk membimbing pula.

Objektif dan matlamat sebenar program MBfPC ini adalah untuk melahirkan seberapa ramai ibu-ibu yang telah mempunyai pengalaman diluar sana untuk dilatih menjadi pembimbing (peer counselor) didalam komuniti mereka. Supaya dengan bertambahnya pembimbing/PC ini, bilangan ibu-ibu yang menyusukan bayi dapat dipertingkatkan. Dan lebih banyak aktiviti-aktiviti sokongan penyusuan susu ibu ini dapat dijalankan didalam komuniti.

Lihatlah dari sudut yang positif dan jauhkan anggapan yang negatif! Semoga yang bermanfaat itu dapat dikongsi bersama🙂

Sebuah petikan Tafsir Kitab Bahrul Mazi, Imam Ghazali berkata :

‘Rugi sangatlah orang yang jahil melainkan orang yang berilmu’

‘Rugi sangat orang yang berilmu melainkan orang yang beramal dengan ilmu’

‘Rugi sangat orang yang beramal dengan ilmu melainkan orang yang ikhlas di dalam amalan dia’

3 thoughts on “Saringan selesai & Permohonan yang berjaya

  1. Fid says:

    suka 3 ayat tuh

  2. MarDiah says:

    nie utk southern region pun dah tutup juga ke?

  3. Hayatie says:

    Mardiah: Hanya zon tengah (KL& S'gor) sahaja yang sudah ditutup. penyertaan kawasan lain masih dibuka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: