Apron & Cloth Pad

Wah, lama plak tak merepek kat blog (hehe, padahal baru selang 1 hari). Sebenarnya saya sibuk menyiapkan tempahan apron dari kawan-kawan. Apron budak-budak dah setel, pastu satu lagi apron ropol geli-geli. Ditambah lagi dengan urusan pendaftaran, penyaringan untuk bengkel latihan MBfPC, fuh! Jadi, terpaksa lah bertapa untuk siapkan kerja-kerja terlebih dahulu. Kemudian tinggal tepek hasilnya, haha!

Apron lagi, haha! Sampai mak saya kata, buat apron pun dah macam nak buat baju, siap ropol bagai. Nak buat cemana kan, kadang-kala kita perlukan sesuatu yang lebih ‘fresh’ untuk lebih nikmat dan feeling kih kih! Ni tempahan apron juga. Saya hanya ambil upah menjahitnya sahaja. Kain adalah pilihan tuan punya badan. Dan juga beberapa helai apron kanak-kanak yang saya sudah siapkan juga. Tapi tak sempat nak snap gambar, huhu!

Dah siap tempahan apron, baru lah saya dapat cuba-cuba membuat Cloth pad untuk menstrual pula. Dua helai je baru. Tak larat, sakit pinggang dah! Letih buat apron tak hilang lagi, hihi!

(Pattern yang pertama, ukuran 9″, pattern yang kedua ukurannya 11″)

Saya cuba buat ikut kedua-dua pattern, rambang lah katakan! Untuk makluman, pattern ini semuanya saya amik dari internet yer! Sila lah google free cloth pad pattern. Selepas siap, pattern yang bahagian kepak kecik tu agak tidak best bagi saya sebabnya terlalu kecik hujungnya, ngam-ngam untuk letak snap je. Mungkin boleh diimprovise lagi. Pattern yang kedua tu ok not bad. Cuma next time, saya perlu lebarkan lagi sayapnya. (Saya suka sayap/kepak yang lebar, huhu!)

Bahagian untuk Padnya pula, mula-mula saya guna 2 lapis microfiber (insert cd anak saya yang dipotong, hehe). Kemudian dilapik lagi dengan 4 lapis flannel, tu belum masuk lapisan untuk bahagian belakang (wing) 2 lapis flannel dan kain tafetta (kain baldu). Fuh, dah 9 lapis kain dah. Punyalah tebal, saya lupa yang mesin saya ni tak boleh tebal-tebal. Kemudian terpaksa lah guna teknik, ketuk-tekan-mampat-paksa bagai untuk pasti tapak mesin boleh masuk dan jalan.

Kemudian untuk pattern CP yang warna kuning tu saya dah tak guna microfiber dah, saya cuma guna 6 lapis flannel untuk bahagian tengah. Takdalah tebal sangat. Ke-efektifannya? kena tunggu saya mencuba selepas bersalin nanti, hihi! Ada beberapa keping lagi yang saya dalam proses membuatnya. Tunggu hasil geli-gelinya lagi, hehe!


5 thoughts on “Apron & Cloth Pad

  1. wahhh!! sungguh kagummm dengan usaha ibu yang sarat ini… hehehhehhe..salut!

  2. Pensil Magik says:

    lepas ni habis lah CD anakku kena gunting buat CP mak dia plak heheh.. tq kak sudi cerita cemana nakbuat CP ni ( walopun tak reti menjahit kihkih(

  3. mirah says:

    yatie, nak tempah apron utk budak2 blh? berapa meter kain guna? nnt mirah cari kain, blh? hihi.. tak nak jahit kan ku cloth pantyliner, jahitkan lah apron utk anak2ku pula ya..heheh..

  4. Hayatie says:

    mama-miya: tu la, lagi nak due nih, bertambah rajin plak, kih kih!, by the way, congrats on your newborn yer!.. :)Soleha: hihi, cuba-cuba lah!mirah: Dalam semeter cukup kot. CP baru cuba-cuba jahit, senget benget lagi la..hihi!

  5. mirah says:

    semeter utk satu ke? ok nanti mirah cari kain, guna kain cotton flannel tu ok tak? suka kain tu, lembut je dan corak pun cantik-cantik. kan mirah ada 2 anak dara ni, kena buat 2 juga lah. hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: