Apa sudah jadi dengan bed rest?

Sila baca tajuk entri diatas ala-ala wonderpet, hehe!. Walau dirumah, saya sibuk giler uruskan mengenai pra-pendaftaran untuk bengkel latihan PPIMM/MBfPC sambil diselang-seli dengan kena siapkan tempahan (chewah tempahan tuh) apron dari kawan-kawan. Tuh belum masuk nak menjahit baby binder, 2-3 helai sarung bantal, bf pillow, CP sempat ke idakk ni,huhu!

Fuh, dah takda makna lagi bed-rest ni. Dah boleh tukar nama dengan leg-rest je sebab bezanya saya tidak keluar rumah, hihi! Mentang-mentang lah saya dah 34minggu, terasa macam konon dah melepasi zon bahaya lah agaknya tu, haishhh!

Sedikit update mengenai proses pra-pendaftaran bengkel latihan bagi Zon tengah ini, hari ini adalah tarikh akhir untuk mengembalikan borang permohonan & borang soal selidik (questionaire) kepada pihak admin@malaysianbfpc.org. Bagi yang telah menghantar, jangan bimbang kerana saya masih lagi belum membuat maklumbalas mengenai penerimaan borang anda semua.🙂

Insyallah saya akan mula mengedarkan makluman penerimaan borang-borang pendaftaran kalian mulai esok. Kemudian, untuk penyertaan yang terpilih, surat jeputan akan mula diedarkan melalui e-mail pada hari isnin 28hb Mac 2011 ini atau selewat-lewatnya selasa, insyallah!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: