Makluman Permohonan Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Tengah (S’gor & W/P)

Saya ingin memaklumkan bahawa e-mail jemputan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC bagi Zon tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) telah pun dihantar kepada semua yang telah menghantar butiran ke pihak pengurusan PPIMM/MBfPC sebelum ini.

Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:

Tempat: RUMAH ILMU JANNATUL FIRDAUS, NO.18, JALAN 7/3D,
SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh : 9&10, 16&17 April 2011
Waktu : 8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100

Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengkel latihan ini.

Borang-borang yang dilampirkan didalam e-mail jemputan daripada pihak pengurusan PPIMM/MBfPC adalah:

1. Borang Permohonan (MBfPC Application Form.Doc)
2. Borang Questionnaire (MBfPC-Questionnaire)

Diminta pada semua yang menerima e-mail jemputan tersebut untuk mengisi borang-borang berkenaan dan mengembalikan borang-borang tersebut kepada admin@malaysianbfpc.org sebelum 24 Mac 2011. Permohonan yang masuk selepas 24 Mac 2011 tidak akan dilayan.

Pihak pengurusan PPIMM/MBfPC akan menghantar e-mail jawapan beserta surat jemputan bagi permohonan yang berjaya kepada peserta mulai 28 Mac 2011. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap permohonan yang berjaya. Maklumat pembayaran akan disertakan sekali bersama e-mail jawapan tersebut.

Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada admin@malaysianbfpc.org atau berhubung terus dengan saya (012-2045646) atau boleh juga melayari Facebook Malaysian Breastfeeding Peer Counselor.

——————————
Saya ingatkan semula bahawa e-mail jemputan dari pihak admin ini hanyalah kepada yang telah menghantar butiran sebelum ini selepas mendapat notis makluman mengenai bengkel latihan PPIMM/MBfPC untuk tahun 2011. Penyertaan masih dibuka kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai bengkel latihan ini. Pada yang berminat, hantarkan butiran (sila rujuk disini atau disini) dan hantarkan kepada admin@malaysianbfpc.org

Pihak admin akan menghantar semula e-mail balasan beserta borang-borang yang perlu diisikan untuk tujuan saringan. Pada yang telah menghantarkan butiran sebelum ini tetapi tidak mendapat e-mail yang terbaru ini, sila maklumkan kembali kepada pihak admin.

4 thoughts on “Makluman Permohonan Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Tengah (S’gor & W/P)

  1. Uwaa dekatnya…cam nak gik kursus lagikk je hahhah cenggini nanti leh la dtg2 jenguk uhukss mcm la daku caterer dtg anto mknn la pulok..

  2. Salam. "Pada yang berminat, hantarkan butiran (sila rujuk disini atau disini) dan hantarkan kepada admin@malaysianbfpc.org"di sini atau di sini tu kat mana? huhu…

  3. dah tgk entry sblm ni dekat label MBfPC.. yg tu ke? kalau yg tu ok la…

  4. Hayatie says:

    Kak long: alahai, saya lupa nak masukkan linknya..hihihi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: