Lawak tidak kena tempat.

Saya terbaca melalui e-mail mengenai luahan rasa tidak puas hati orang ramai mengenai kartun yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian. Lukisan kartun yang dilukis oleh kartunis Berita Harian ini adalah disifatkan sebagai tidak sepatutnya dibuat disaat rakyat negara Jepun sedang ditimpa bencana.

Pada pendapat saya pun, agak tidak wajar mengenai gambaran Ultraman pun lari ketakutan dek kerana Tsunami. Ini boleh mengambarkan kurangnya sensitiviti terhadap bencana yang menimpa orang lain. Cuba diterbalikkan, jika rakyat dinegara lain yang berbuat sindiran begini disaat negara kita pula dalam bencana sudah tentu kita pun akan tidak puas hati, marah dan sebagainya.

Sebagai langkah untuk tidak terus menimbulkan kemarahan rakyat, Berita Harian mengeluarkan kenyataan mohon maafnya kepada orang ramai.

Berita Harian mohon maaf
2011/03/13

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

4 thoughts on “Lawak tidak kena tempat.

  1. semalam aku tgk sampai kat website CNN nun ade pasal ni..buruk nama malaysia.sebenarnya sejak jumaat hari tu lagi dia diorang duk selamba wat lawak gini..terutama kalau baca status kat twitter nu..yg pelik tu sibuk la risaukan maria ozawa(bintang porno) tu selamat ke tak..xtau napa diorang mcm anggap bende ni main2..risaukan sin chan la menda la..geram gak rasanya.

  2. Ummi Ummair says:

    bguslah berita harian dh mohon maaf..spatutnya bnda2 mcm ni x tjadi dikalangan org2 berilmu..beringat sblm kena.

  3. tak sangka BH lepaskn ilustrasi macam ni. Patutla minta maaf hari ni..thanks sis for the image.

  4. Hayatie says:

    Setuju, kadang-kadang kita rasa benda-benda takda pape dimata kita, tapi rupanya boleh jadi isu yang sensitif akhirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: