Baju lama azri & jahit lagi :)

Dah ngantuk sebenarnya (dah pukul 1.45am), tapi nak update juga selepas seharian tak sempat nak jengah blog, huhu! Tiada apa-apa sangat pun aktiviti hari ini selain dari menjahit lagi. Tiba-tiba teringat nak siapkan baju-baju baby sebelum menjelang bersalin nanti. Saya baru 32 minggu, tapi mana lah tahu nak terberanak lagi cepat dari yang waktu yang sepatutnya, segala benda tak siap lagi.

Saya sorting baju-baju newborn azri, sebab ada beberapa yang sempat dipakai sekali dua je masa dia kecik dulu. Rasa macam tak nak shopping banyak baju newborn sangat kali ini. Sebab dulu saya beli banyak untuk newborn size, tapi rupanya kejap je tempoh yang boleh pakai size newborn ni, masuk sebulan lebih dah tak muat!huhu!Lepas di sorting, banyak yang dah jadi perang, kuning-kuning kat sekitar leher terutamanya. Rasa rendam clorox pun tak hilang kot. Yang ni memang reject lah! Tak sampai hati nak pakaikan baby, huhu!

Ni je lah hasilnya, banyak seluar je sebab seluarnya cantik-cantik lagi dan t-shirt jalan2 pun tak sempat pakai banyak kali. Boleh lah pakai buat tidur ke kan. Untuk jenjalan nanti, belilah baru, hihi! Semuanya saya rendam dulu termasuk lah, topi-topi, booties & mittens (mittens pun banyak yang kuning).

Pastu saya eksaited nak siapkan CP ni lagi. Dah habis 2 meter kain flannel saya beli dapatlah buat lebih kurang 8 helai. Kecuali flannel corak je ada lebih skit, cukuplah nak buat sarung bantal baby lagi, hihi! 2 meter kain dapat 8 helai? Sebab saya buat tebal lapisan CP ni, Yang bercorak tu saya buat 4 lapis, yang plain merah tu saya buat 3 lapis. Baru rasa tebal skit.

Sebelum ni saya buat 2 lapis-2 lapis, terasa nipis sesangat, pastu nanti bila pakai dia jadi cepat renyuk. Tak best, hehe! Dah siap, pasni akan dihantar ke Puan Cik Fid untuk ditekan butang snap. Tak sabar nak merasmikan CP hasil kerastangan sendiri, hihi!

Ok, tinggal beberapa lagi yang belum disiapkan. Eh, sebenarnya ada penambahan projek lagi pada list ini. Tak habis-tak habis, huhu!

4 thoughts on “Baju lama azri & jahit lagi :)

  1. b.E.L.L.e says:

    bestnyer semua jahit sendiri..huhu..untunglah kalau pandai menjahit..hehe..

  2. eRiNsZ says:

    yg kuning kning tu cube basuh dlu then nila kan.insyallah akan lbih berseri.. wahhh cam iklan lak

  3. Ila says:

    cepat…cepat…sebelum terberanak…heheh

  4. Hayatie says:

    b.E.L.L.e: kalau pandai tapi tak minat pun takleh pergi juga, hihi!eRiNsZ: Rasa takkan 100% tu (alasan orang malas nak menyental & membasuh, hih)lla: sempat-sempat!, hehe!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: