Cara membuat Pantyliner Cloth Pad

Selepas cubaan saya buat Cloth pad pantyliner semalam, syiok plak saya nak buat lagi dan lagi dan lagi, hihi! Sebab teramatlah senang nak membuatnya. Disebabkan keterujaan saya, saya nak share juga bagaimana nak buat cloth pad pantyliner ni.

Mula-mula, kalian pergi ke website ini untuk download pattern percuma: http://shewhorunsintheforest.googlepages.com/padliner.pdf. Ada banyak lagi pattern2 yang lain tapi saya rasa yang ini lebih mudah dan cantik kot, hihi!
Sediakan beberapa lapisan flannel mengikut ketebalan yang anda inginkan. Jika mengikut ketebalan yang saya suka, saya menggunakan 4 lapisan flannel untuk bahagian tengah (yang bercorak) dan 3 lapisan untuk bahagian luar/wing (yang plain).

Selepas ditekap, terus dijahit dengan mesin mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Dengan menjahit diatas garisan yang dilukis, ianya akan nampak lebih kemas.

Kemudian, selepas sudah dijahit, potong lebih yang tidak berkenaan mengikut bentuk yang telah dilukis dan dijahit tadi.

Kemudian, gunting separuh daripada lapisan kain di bahagian tengah.
Dan terbalikkan kain melalui lubang yang tadi untuk mendapatkan bahagian yang betul.
Kemudian gosok terlebih dahulu kedua-dua bahagian supaya nampak lebih kemas sebelum ditindih.
Peniti bahagian tengah dan belakang kemudia dijahit dengan mesin.

Kemudian anda letak butang snap pada bahagian wing tersebut. Kalau tiada, letak butang ketip tu pun boleh. Tapi kena disembat tangan lah butang tu, huhu! Sudah pun jadi beberapa keping cloth pad pantyliner. Jimat duit tak payah beli kan. hihi! Konsep yang sama juga jika nak buat menstrual cloth pad, cuma ukurannya perlu lebih besar, dan perlu juga dapatkan fabrik ‘waterproof’ macam PUL dan seangkatan dengannya.

Ok, selamat mencuba!🙂

7 thoughts on “Cara membuat Pantyliner Cloth Pad

  1. wafimamap3 says:

    salam hayatie, saya ni follower senyap u sedari kite tak ade blog sendiri sehingga kini. Kite nak tanye,Hayatie masih exlusive pumping utk azri ke. Utk pengetahuan hayatie, saya ada pinjam article u berkaitan tips & trik for easy pumping. disebabkan terbekenan dgn artikle itu, so saya pun tampallah kat blog kite. lebih kurang halal ye..

  2. Hayatie says:

    Wafimamap3: Wa'alaikumslm, aha, saya EP untuk azri sampai lah susu saya kering sebab preggy yg 2nd ni. Ok, no problem, apa yang bermanfaat tu memang untuk dikongsikan bersama🙂

  3. mystory says:

    yati: kat mna nk cari fabrik waterproof, tebal n PUL nih….nmpak mcm senang…..kalau jd pengganti pantiliners pon blh juga kn??…hehehe……:)

  4. Hayatie says:

    biasanya kalau PUL memang kena order dari luar. Tapi ada juga online store m;sia yang jual PUL, tapi kena gugel la..

  5. Mila@Rimbun says:

    dah lama save pattern ni tp lom buat lg, teringin plak nak try hehe

  6. Cik Dee says:

    boleh x bagi link katne u beli fabrik. summore,sy tengok currently ramai yg pakai microfleece n bamboo for the insert. saya ni baru n blur. xtau nk beli semua tu kat mana. huuhu.

  7. rachma says:

    aq tidak mengerti semua bahasanya akan tetapi terima kasih ya infonya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: