Koyak & Cloth Pad

Wah, tak habis-habis lagi saya dengan aktiviti menjahit sejak dua menjak ni. Semalam saya tak menjahit pun, sebab ingat saya nak berehat-rehat dulu. Jadi, sambil berbaring-baring tu boleh la buat juga aktiviti menjahit juga macam cantumkan kain dengan peniti ke, jelujur sarung-sarung bantal yang dah dipotong dan sebagainya sebelum nak tekan dimesin. Maklumlah kalau nak mengadap mesin saya kena duduk, huhu!~
Saya nak siapkan dulu semua yang saya senaraikan dalam list jahitan saya. Jadi semalam, saya jelujur sarung bolster ni dulu sebelum nak tekan kat mesin dan masukkan kekabunya. Lepas tu saya ‘ter’-tinggal sekejap kain ni dalam bilik, balik-balik saya tengok kain dah berlubang-lubang kesan kena gunting. Ni tak lain dan tak bukan memang kerja si azri nih. Huwaa frustnya! Penat-penat dah siap sehelai bolster case tu, kena buat yang baru lah nampaknya.

Sebab frust punya pasal, saya terus simpan je kain bolster tu semua, terus nak buat bendai lain pula, agagaga!. Memang dalam kepala teringin betul nak buat Cloth Pad.

Kebetulan, saya ada kirim kat kawan belikan kain flannel satu bercorak dan satu lagi kosong. Kalau di Kamdar memang saya tahu corak flannelnya tak banyak pilihan dan tak cantik sangat. Flannel ni kawan saya beli dekat Teewah!

Langkah yang kedua pula, saya terus on laptop nak cari pattern cloth pad yang dah siap. Taip aje ‘Free Cloth Pad Pattern’, melambak macam-macam pattern cloth pad yang keluar. Dah dapat, saya print out dan gunting pola CP tu. Pastu tekap terus kat kain flannel.

Tadaaaa..dah siap! Tak sampai satu jam saya pun proses membuat CP dari mula saya search pattern, tekap, gunting dan tekan kat mesin! Lepas tu boleh letak snap kat bahagian wingnya. Tapi saya tiada alat tekan butang tu (Snap Press). Ingat nak letak ‘button ketip’ aje yang selalu orang letak kat baju-baju kebaya dulu2 tu..haha!

6 thoughts on “Koyak & Cloth Pad

  1. Intan Suhana says:

    Salam,Nak tanya,clothpad ni pakai masa period ok ke??ke macam pantyliner je fungsi dia??Sebab mcm senang je nak buat.Kain flannel tu kain apa ye?beli kat Teewah mana?

  2. Hayatie says:

    Intan: Cloth pad ni boleh dibuat sebagai pantyliner dan juga cloth menstrual pad. Cuma yang bezanya pada fabrik, kalau buat pantyliner mcm yang saya buat ni, dah cukup dgn kain flannel je..flannel tu kain kapas, Tapi kalau nak buat untuk menstrual pad perlu cari fabrik yang waterproof mcm fabrik PUL (mcm CD) supaya tak bocor. Size pun perlu lebih besar dari pantyliner ni. Tak semestinya kat teewah, kat Kamdar, nagoya dan kebanyakan kedai2 kain memang ada jual kain flannel, cuba tanya je..

  3. dia punya design tu mmg ko print out je yea kat internet ke apa ke lukis sendiri..kalau xsalah hamba la kan kain PUL tu dia macam memeri atau ala2 selimut bby ke apa tah..aritu nammpak kat kamdar tu ade dekat ngn flanel gakla.dia tebal skitkan n permukaan dia cam towel atau CD bby tu..aku nk tnya staff derang tp time tu semuanya cam sebuk je aku nk suh potong flanel pun hamboii kemain lama lagik kene tunggu.flanel kalo kat Tewah yg kat mines tu agak nipis n koyak skit kan nak kene bako ujung2nya dulu(kalo yg plain la)..kat nagoya pun ok gak flanel dia byk corak skrg xtaula byk ke x.

  4. Hayatie says:

    CPN: Design tu aku print terus kat internet, dah siap2! Ada link dia aku bagi kat entri 'cara nak membuat clothpad'.PUL kain dia macam ala-ala plastik skit, singkatan dari Polyurethane. Selalu orang import kain nih. Kalau yang macam towel tu tak salah kain microfiber.. kalau yang tebal cam selimut baby tu,kain fleece…

  5. Intan Suhana says:

    ok!baru faham!rasa macam senang nak buat..kalau berjaya buat sndri..tk perlu la beli lagi pantyliner hehe..jahanam la industri pantyliner..ehikkss..tenkiu!

  6. Intan Suhana says:

    tp kalau yg mestrual nye tu kain PUL tu guna utk semua layer la?ke bahagian atas tu aja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: