Jamah-letak

Kalian pernah dengar ayat ‘jamah-letak’? Haa, ni ayat yang mak saya suka guna kalau time dia membebel kat saya yang suka buat-kerja-jamah-letak. Maksudnya, buat kerja ni skit belum habis dah buat kerja baru yang lain.

Serupa lah dengan kerja-kerja menjahit saya ni. Belum siap yang ini, saya dah buat yang itu pula. Memang tak boleh jadi tukang jahit profesional lah saya ni. Sebab saya mudah boring kalau hadap benda yang sama untuk tempoh yang lama.

Pernah dengar tak orang yang jenis tak sabar, kalau dia buat satu kerja tu, kalau boleh dia nak siapkan kerja tu jam-jam tu juga, tak boleh sambung-sambung esok, lusa lagi dah! Kerana dulu saya macam itu. Susah juga saya nak latih diri untuk bersabar dalam menyiapkan sesuatu kerja, terutamanya kerja-kerja menjahit ini, kerana saya orangnya jenis nak lihat hasilnya dalam tempoh yang cepat.

Hasilnya bila buat kerja dalam keadaan macam itu, kita akan banyak buat kesilapan/kesalahan dan sebagainya. Akhirnya, hasil yang diinginkan tidak menepati citarasa yang digambarkan. Sekarang tidak lagi, saya buat kerja-kerja menjahit ni dengan penuh sabar, kalau tak siap hari ini, saya sambung esok, lusa dan seterusnya. Tapi memang PENUH SABAR lah, hihi! (dalam hati tuhan aje yang tahu, huhu!)

Biar saya update skit senarai projek jahitan saya (wahh, projek sangat lah tu) yang saya nak siapkan sebelum saya 36 minggu nanti sebab saya kena masuk hospital semula nak buka cerclage.

Oklah saya listkan projek jahitan je (bila dah tepek kat sini mesti buatkan, hihi!). Tidak termasuk senarai aktiviti-aktiviti yang lain sepanjang dirumah ni. Yang tu semua untuk simpanan dan pengetahuan diri sendiri je.

Ada lebih kurang sebulan je. Kalau nak ikutkan sekejap je dah boleh disiapkan kalau betul-betul mengadap lah. Tapi saya dah estimate tempoh masa saya untuk duduk adalah 3 jam sehari. Selebihnya kena betul-betul berehat dan berbaring lah.

Oh, yang senarai diatas tu WAJIB disiapkan tidak boleh tidak! Kalau ada masa lebih, boleh lah fikir nak buat apa lagi dengan kekabu saya tu, hehe!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: