Cara mengenal pasti bahan pewarna dalam serbuk teh

Eheh, tak habis lagi cerita pasal teh ni. Tak puas hati juga dengan serbuk Teh Harimau ni, saya terus gugel dari semalam lagi. Kemudian saya terjumpa juga info mengenai 10 jenis teh yang dikenal pasti oleh Kementerian kesihatan yang telah dicampurkan dengan bahan pewarna.

Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 jenama serbuk teh yang dicampur dengan bahan pewarna dan digunakan terutamanya pengusaha
kedai, restoran serta gerai makanan di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata 51 syarikat pengeluar teh dikesan mengadukkan pewarna dalam keluaran mereka sepanjang tahun lepas
berbanding 32 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata jenama teh berkenaan adalah Teh Wangi, Teh Cap Masjid, Serbuk Teh, 3 Bintang, Teh Campuran, Teh Cap Bunga, Teh Tarik (Burung Petalawati), Serbuk Teh Wawasan 2020, Serbuk Minuman (A1) dan Bunga Mahkota.

Kemudian saya juga info mengenai tip bagaimana untuk mengenal pasti samada serbuk teh itu telah dicampur dengan bahan pewarna atau tidak.

Sedikit tips untuk pengguna oleh Presiden, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Tn Hj Jamalulkhan Kadir:

Cara-cara mengenalpasti teh yang dimasukkan pewarna:
Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar mewarnai air, maka itulah pewarna yang dimasukkan. Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas
sahaja.

Kemudian saya pun terus mencuba dengan serbuk teh harimau BOH ini, dan inilah hasilnya. Saya tidak pasti sama ada warna yang terbit dari serbuk ini dianggap tiada bahan pewarna atau tidak. Secara kasarnya, tiada pula saya lihat warna seperti seakan bahan pewarna yang keluar, cuma warna asli serbuk teh tersebut lah. Kalian lihat, serbuk tehnya lebih kecil dan halus berbanding serbuk TEH BOH yang biasa tu.

One thought on “Cara mengenal pasti bahan pewarna dalam serbuk teh

  1. kalau teh boh ni, i suggest u go for "gold blend" aje. tu yg plg natural & mmg kalau i minum yg ni, kurang risiko kembung.yg normal brew tu ada coloring. but yg u beli ni (harimau), we all biasa panggil teh kati. biasa org guna kat gerai2 buat teh tarik. coloring & theanine dia kuat, tu yg buat senang kembung tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: