Serbuk Teh

Kalian suka minum tak tarik tak? Selalunya, kalau nak yang sedap kita asyik minum kat kedai je, kononnya lebih sedap rasanya kan. Tapi kebelakangan ini kita pun dah dapat banyak maklumat yang kebanyakan teh-teh yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha kedai minum ini adalah jenis teh timbang atau teh yang telah dicampurkan dengan bahan pewarna. Jadi lebih baik minum teh tarik buat kat rumah je.

Mujur saya bukanlah penggemar minuman teh tarik ni. Saya lebih gemar minum teh O sahaja. Cuma sekali-sekali je minum kalau teringin. Biasanya kalau kat rumah, bila nak buat teh tarik ni, saya guna serbuk teh Boh macam ini. Ramai yang kata, teh BOH je yang sedap nak buat teh tarik berbanding teh-teh lain.

Kalau saya beli yang jenis serbuk tu, saya guna lebih kurang 3-4 sudu juga lepas tu masak dalam air mendidih nak bagi dia pekat. Kalau letak air panas termos je, kurang pekat. Tapi pasti kenapa tekak saya sejak kebelakangan ini layan pula dengan teh tarik ni, huhu!

Lepas itu encik suami beli serbuk teh BOH yang jenis ini. Saya tidak tahu apa bezanya dengan serbuk teh BOH yang biasa tu (macam diatas). Pertama kali saya lihat jenama BOH ada keluar jenis ‘Teh Harimau’ ini.

Tapi jenis ini, serbuk tehnya lebih halus, macam tepung tapi masih perlu ditapis lah. Lepas tu tak perlu dibancuh sehingga 4 sudu, 2 sudu pun dah jadi pekat. Saya rasa, ini lah serbuk teh yang sesuai untuk buat teh tarik.

Saya cuba google untuk pastikan serbuk teh BOH harimau ini bukan tergolongan dalam senarai teh yang mempunyai pewarna ke apa. Tiada pula maklumat mengenainya, yang ada cuma kedai-kedai online yang menjualnya. Kalian pernah mencuba BOH Teh Harimau ini?

3 thoughts on “Serbuk Teh

  1. ni teh dari kampung halaman kita ni. bangga bangga. hahaha..i spesis tokleh beria minum teh. gerenti kembung. so sekali sekala teringin, mmg minum lah. so eventho in melb, sentiasa ada stok teh boh ni jugak. membaca a piece of my kampung halaman.😉

  2. Cerita Cici says:

    teh harimau ni ayah ci beli khas utk wat teh tarik…family cici mmg hantu teh tarik….huhuhu….beza dia maybe kepekatan dia…kalo teh boh biasa, ci kena letak 4-5 sudu utk wat teh tarik….kalo harimau ni ckit aje dh pekat, dh leh wat teh tarikk kawww…hehehe…😉

  3. Hayatie says:

    mama-miya: tak sama ker rasa teh UK dgn teh m'sia, tapi betul kdg2 kala nak juga rasa makanan/minuman dari tempat kita gak, hihi!Cici: Tu lah, serbuknya pun lebih halus, memang khas untuk buat teh tarik lah tu, yang serbuh BOH biasa tu perlu lebih banyak kuantiti sebab daunnya kasar-kasar kan, huhu tah lah..janji sedap dan selamat sudah lah, hih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: