Jahit Tepi

Bikin spoil saya punya mood nak menjahit. Bila mesin jahit tepi saya pula ada problem. Bukan problem motor ke apa, problemnya benangnya-benangnya sudah tercabut dari jarum-jarum yang sepatutnya. Ini semua angkara azri lah ni, huhu! Sudah lah saya belum mahir lagi dengan cara-cara nak masukkan benang-benang tu lagi. Mesin ini pun baru je beberapa bulan saya guna. Lebih banyak terperap, hihi!.
Sudahlah benangnya sudah tercabut, tempat sangkut benang tu pun sudah terpatah gara-gara azri juga. Rasa nak nangis pun ada, huhu! Mujur tak patah habis boleh diselotepkan aje tapi tetap juga senget.

Huishh, complicatednya tempat nak masukkan benang-benangnya. Gambarajah yang ada kat tepi tu pun macam tak membantu sangat je, huhu! Cubaan pertama saya terus gagal, langsung tidak terlekat pun benang-benang tu dikain.

Kemudian saya cuba ejas lagi saluran benang yang betul (main hentam ikut logik je ni) mengikut juga gambarajah yang tak membantu sangat itu. Oklah, nampak hasilnya tapi benang-benang kelihatan longgar dan serabut sikit. Masih ada ‘jalan’ benang yang saya silap pasangkan lagi ni.

Setelah beberapa kali mencuba, cubaan seterusnya membuahkan hasil, Yeayyyy! Saya rasalah! Kalau ditengok pada jahitan terakhir tu nampak kemas je, kira betul lahh kan, hihi!

Ok, boleh sambung semula projek jahitan saya, hihi!

5 thoughts on “Jahit Tepi

  1. alhamdulillah..akhirnya berjaya juga..tu la, jgn cpt putus asa kan? usaha, gerenti membuahkan hasil..

  2. Hayatie says:

    Senandunghati: Setuju!!..hihi!

  3. Umisofwa says:

    macamana yatie buat alahai…kak pun bermasalah sama benang tak lekat….

  4. Umisofwa says:

    Yati buatlah tutorial pasal benang ni kak dah give up ni hehehe rasanya macam nak bertukar ke mesin tepi brother 3034D tapi dah pokai ni beli mesin jahit singer ni …:) (mood merayu2 ni hehehe)

  5. Hayatie says:

    Kak Umisofwa: Lepas dari entri saya, jadi lagi kejadian benang 'lari'..buat yang sama pun masih jadi juga. (Pun sama rasa mcm nak tukar ke mesin brother, hehe) Last-last saya hantar kedai. Suruh dia betulkan..dia kata dia ketatkan something tapi dah lupa apa..sejak dari tu dah betul semula dah.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: