Duplex Printing

Tengah dalam mode study, saya sibuk nak memerint (print) tapi yang tak bestnya mula-mula sebab ingat tak boleh print depan belakang. Selama ini, saya ingat hanya printer-printer seperti laser jet etc yang untuk ofis-ofis tu je yang boleh buat depan belakang, jika printer home use macam canon etc (janji yang ala-ala laser jet lah) hanya boleh print depan sahaja.

Godek punya godek,, akhirnya saya jumpa juga option untuk buat printing depan depan belakang, yess!. Yang saya tahu kalau printer laser jet macam HP, kalau time both side printing, dia akan print dan sedut semula kertas tu untuk print back side pula. Ada juga office printer jenama lain yang boleh buat macam ala-ala mesin fotostat tu. Mungkin ada yang tahu tapi saya je baru ketinggalan bas baru tahu, hihi!

Kalau mengikut jenis printer saya, Canon MP190 Series. Cara dia buat both side printing tu, dia akan print selang satu muka. Sebagai contoh jika dokumen itu berjumlah 10 muka surat. Dia akan print muka 1-3-5-7-9 kemudian kita kena terbalikkan (mengikut simbol arahan yang tertera) dia akan mula print dari muka 2-4-6-8-10.

Jika kita hendak buat both side printing, kita perlu atur tetapan pada control panel printer terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti dibawah:

Klik pada option ‘Page Setup’ di control panel printer.

Kemudian, tick pada ruangan ‘Duplex Printing’. Bagi pilihan both side printing ini, saya tidak memilih untuk klik pada option ‘Print from last page’ kerana takut ianya mengelirukan saya, hihi! Untuk printer Canon, nama untuk buat both side printing dipanggil Duplex Printing. Saya tidak pastilah untuk model-model Canon yang lain. Mungkin anda boleh cuba check option Duplex Printing ini di setting printer anda.šŸ™‚

Kemudian, klik OK untuk meneruskan kerja-kerja printing anda. Apabila sampai pada muka yang sepatutnya ianya berhenti, di skrin anda akan ter-popup arahan seperti gambar dibawah ini:


Ini bermakna, printer sudah bersedia untuk print muka surat pada bahagian sebelah belakang pula. Namun, semasa menterbalikkan kertas A4, pastikan anda perhatikan betul-betul arahan serta simbol yang ditunjukkan pada skrin.

Ini kerana (seperti kes pertama kali saya) saya tersilap menterbalikkan kertas A4 tersebut, hasilnya muka belakang di print songsang daripada muka depan. Jadi bila ke mukasurat kedua, harus memusing pula kertas A4 tersebut, hihi!. Namun setelah dipraktis dan pada cubaan kedua, segalanya berjalan dengan lancar.

Jadi selepas ini, banyaklah kertas boleh dijimatkan yer tak!šŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: