‘Teknologi’ Cinta

Hehe, saya bukan nak buat ulasan drama Trilogi Cinta ini. Ini lah cerita feveret mak saya sekarang. Mak saya jarang tengok jenis-jenis cerita bersiri ni, dia lebih suka tengok drama yang habis terus satu cerita macam cerekarama TV3 tu ker. Tapi tak tahu lah macam-mana dia terjebak juga tengok drama ni. Siap dia tahu jumlah penonton siri tu mencecah 1.2 juta. Tak sia-sia agaknya dia folo cerita tu, dalam hati lah hihi!

Saya memang tak follow langsung. Tapi tahu lah serba-sedikit jalan ceritanya sebabnya mak saya rajin buat laporan kat saya setiap kali habis menonton siri itu. Yang saya tahu, Rosyam ni berkahwin dengan orang gaji dia lakonan fauziah ghous. Arghh, saya memang tak suka cerita-cerita macam ini, huhu! Sebabnya saya ni pun PJJ juga. Karang saya terbawa-bawa plak emosi syak wasangka bagai, huhu! Baik saya layan No Ordinary Family, heh!

Motif sebenar saya adalah saya nak cerita pasal ‘tajuk baru’ drama ini yang diberikan oleh mak saya. Setiap kali dia nak sebut ‘trilogi’, dia akan sebut ‘teknologi’ sebab susah sangat dia nak sebut trilogi tuh bagi dia. Last-last asyik-asyik saya dengar teknologi cinta-teknologi cinta. Punya lah mak saya eksaited nak buat laporan setiap kali habis cerita ‘Teknologi Cinta’ nya tu. Haha, layannn!

2 thoughts on “‘Teknologi’ Cinta

  1. Ely Hasrul says:

    untung la ko Tha, aku xbape minat tgk drama series gak tapiii kalu ade tukang bg laporan aku sukaa dgr hahahha

  2. aku pun memula layan gak cite ni sbb diadaptasi dr novel peberet popular sharifah abu salem ape tu tak seindah impian kan..pastu laki aku lak biasakla sebuk alih cite lain..bes cite ni kalo dr novel yg aku baca laa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: