Kentang Goyang

Kalian pernah dengar tak kentang goyang? Kali pertama saya dengar adalah masa duduk dengan mertua dulu tahun 2007. Resepi mudah dan kenyang untuk sarapan pagi. Hujung-hujung minggu ini tiba-tiba saya teringin nak makan kentang goyang ni. Eh saya pun adalah istilah hujung minggu, haha! Apa lagi resepi yang mudah dan cepat (sesuai untuk orang-orang yang perlu ‘beristirehat’ seperti saya ini, hihi).

Bahan-bahan:
1. 2 biji Kentang
2. 1-2 biji telur (ikut citarasa)
3. 1/2 biji Bawang ( ikut citarasa)
4. Garam sedikit
4. Mayonis
5. Lada sulah

Kalau mengikut stail mertua saya, bahan-bahannya ini ajer. Tak pastilah kalau anda ada bahan-bahan lain yg boleh dicampurkan (boleh lah share dengan saya yer)🙂 Kalau versi kentang goyang rakan saya, kentangnya di potong dadu kecil-kecil dan digoreng. Oh, saya malas, hihi dan nanti berminyak-minyak lagi plak.

Selepas kentang dah rebus dan dilecek, boleh lah menumis bawang besar (sekadar nak melayur-layurkan bawang) dengan 2 sudu minyak, agak-agaklah dengan kuantiti yang hendak di sediakan. Kemudian masukkan kentang yang dah dilecek tadi, pecahkan 2 biji telur (ikut saya), jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Pastikan apinya perlahan. Tak perlu goreng lama-lama, sebab saya tak suka kalau telur tu jadi sampai masak (kering). Saya selalu padamkan api selepas telur dimasukkan. Pun dah masak juga telur. Jadi kentang tu ala-ala lembab la skit, hihi!

Tadaaa, dah siap! Boleh juga dicampur sedikit mayonis (untuk rasa manis) dan sedikit lada sulah. Tapi saya tak letak, hihi!

Ala-ala macam sandwich telur juga, cuma ditambah kentang & bawang, hihi! Masih tak paham kenapa namanya ‘kentang goyang’..huhu!

5 thoughts on “Kentang Goyang

  1. kire kalo makan cicah gitu pun sedap ni macam breakfast mekdi gitu tapi tu kire org panggil scramble egg kan..nak try buat tuk anak aku la

  2. Hayatie says:

    Nurul: klu scramble egg tu cam muak skit sebab telur je semata. Yang ni ada rasa kentang, bawang besar..Fuh! hehe!

  3. Ladysirna says:

    festime dengar kentang goyang..hehe, menarik ni, buleh try, thanks=)

  4. Hayatie says:

    Ladysirna: Selamat mencuba🙂

  5. Tapi kalau buat guna roti bakar lagi sedap kot🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: