Keperluan air bagi ibu menyusu

Berapa banyak sebenarnya keperluan air yang perlu kita ambil sepanjang tempoh kita menyusukan anak? Adakah saya perlu minum banyak air untuk menghasilkan kuantiti susu yang banyak? Adakah kuantiti susu saya akan berkurang jika saya kurang minum air? Oh, banyak persoalan mengenai keperluan air yang mencukupi bagi ibu-ibu yang menyusu ini.

Air merupakan keperluan yang penting untuk badan kita dan menyumbang lebih kurang 60% dari komponen berat badan kita. Secara am, kita akan kehilangan lebih kurang 1.5-2.8 liter sehari melalui sistem perkumuhan kita seperti berpeluh, kencing dan sebagainya.

Oleh kerana makanan hanya menyumbang 20% sahaja keperluan air, jadi kita perlu menambahnya dengan meminum air dengan lebih banyak. Mengikut guide yang kita sering dengan dan dicadangkan adalah ‘8 X 8 Rule’. Iaitu kita perlu minum sekurang-sekurangnya 8 gelas sehari air yang bersamaan dengan 1.9 liter pada setiap hari.

Begitulah juga guideline yang digunakan pakai untuk ibu-ibu yang hamil serta menyusu. Dan yang sering kita baca adalah ‘Drink to thirst’, ‘quench thirst’.. Rata-rata artikel yang saya baca kebanyakannya memberikan panduan seperti ‘8X8…

Sebagaimana yang saya fahami, keperluan utama air bagi ibu-ibu menyusu adalah untuk mengembalikan kuantiti air yang hilang dari badan melalui sistem perkumuhan sehari-sehari, untuk mengelakkan dehidrasi, keletihan dan sebagainya. Tidak ada kajian yang menunjukkan kaitan kuantiti air yang banyak diambil oleh ibu itu akan menyebabkan kuantiti susu juga bertambah.

Seperti biasa lah, saya kongsi maklumat hasil dari pencarian di internet. (Siap snip sekali, dengan alasan tiada kerja, hihi!)
[Sumber: Counselling the nursing mother: a lactation consultant’s guide]

[Sumber: Breastfeeding Basics]
[Sumber: Vitamins & other supplements for breastfeeding mothers]

Jika ditanya pada saya, saya selalunya akan pastikan setiap hari saya akan habiskan sekurang-kurangnya 1.5 Liter air bersamaan satu botol besar air mineral. Jika tidak habis sebotol air itu untuk satu hari, itu menandakan yang saya tidak minum cukup air. Dan saya perasan juga, warna kencing akan menjadi lebih gelap dan bibir pun cepat kering. Lagi-lagi di waktu kehamilan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: