Maulidur Rasul

Esok adalah sambutan Maulidur Rasul iaitu sambutan memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Maulidur Rasul yang bermaksud kelahiran Rasul didalam bahasa Arab.
Dan seperti biasa umat islam diseluruh dunia menyambut dengan pelbagai acara yang berfaedah untuk menyemai rasa kasih terhadap Rasulullah, mengambil contoh-tauladan yang mulia daripadanya serta mengenang jasa-jasa perjuangan Rasulullah didalam menyebarkan agama Islam.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.”

[Sumber: wikepedia]

Pic dari google.

Di negara kita, selalunya sambutan Maulidur Rasul ini juga dimulakan dengan perarakan sambil membaca selawat nabi. Ceramah agama dan juga diselitkan upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul S.A.W peringkat kebangsaan.

[Sumber: http://www.al-azim.com%5D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: