CD yang ‘diperap’

Oh, saya memang pengguna cloth diaper selama 1 tahun 11 bulan. Oops, kenapa sampai situ sahaja? Al-kisahnya, sejak saya mula mabuk teruk diawal-awal kehamilan dulu, saya sangat sensitif dengan bau poopy. Memang tak boleh nak basuh cd azri yang dah kena poop dia. Terus saya menggunakan lampin pakai buang untuk sementara.

Dari sementara hinggalah ke laa ni. Rasa macam dah terus-menerusnya aje, ditambah lagi dengan keadaan saya yang dah tak boleh buat kerja-kerja rumah lagi. Memang terpaksa guna terus lampin pakai buang. Tong sampah pun asyik penuh je memanjang, hehe!

Cd-cd lama azri yang dah tak pakai lagi, tersusun dalam lemari. Semua yang jenis biasa-biasa je, janji cd juga, huhu! Anak saya memang jenis ‘heavy-wetter’. Tempoh maksimum guna cd lebih kurang 2 jam lebih je, lebih dari tu memang lencun lah jawabnya.

Sekarang pun, guna yang pakai buang pun, asyik kena bukak lepas tu bogel satu rumah taknak pakai apa-apa, hmmm! atau pun dia akan cakap ‘yak-yak’ kalau nak ganti baru (padahal tak berak pun, kencing pun skit je). Mungkin dia dah mula dalam proses nak potty-training.

Saya bukan lah jenis yang asyik membeli pelbagai jenis cd masa dulu. Saya beli memang cukup-cukup untuk keperluan sahaja. Lepas tu pakailah sampai lencun! Baru beli baru. Ada lah beli lebih kalau tiba-tiba terserempak dengan yang comel-comel tu, hehe!

Sekarang ni dah macam-macam corak dan rekabentuk cd yang sangat comel-comel dipasaran. Tak sabar juga nak membeli untuk bakal si kecil nanti, insyallah🙂 Sediakan duitnya aje lah yer!

Jom cuci-cuci mata sat🙂

2 thoughts on “CD yang ‘diperap’

  1. Fid says:

    mata mata ku sudah merah oenat dah cuci hahahahha

  2. Nurul alya says:

    Salam kak, biasanya akak beli CD ni kat mana ya? Yang jenis biasa2 dgn jenis mahal lain ke kualitinya kak? Anak saya ada eczema, merah habis sekitar yg kita pkai pamper tu. Nak try pakai CD jgk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: