Murung?

Saya tidak pasti sama ada saya sedang melalui tempoh kemurungan atau tidak ketika ini. Oh, saya pun manusia manusia biasa, tidak terlepas dari pelbagai gelojak emosi, walaupun kadang-kala terpaksa menyembunyikan perasaan tatkala membawa ‘tugas’ diluar. Wah, macam -mana lah jika menjadi kaunselor psaikologi pula yer, hihi! Apa yang saya rasa sekarang ini adalah seperti:

  • Cepat marah.
  • Banyak mendiamkan diri.
  • Rasa letih (mental) sehingga tiada mood untuk yang lain.
  • Tiada mood untuk berinteraksi sama ada di FB, e-mail & sebagainya.

Begitulah emosi saya agak tidak stabil yang saya perasan selepas mengambil 3 kali suntikan dalam sehari. Dari seawal pagi saya ke klinik hingga lah ke malam, ulangan untuk suntikan Dexamethasone yang terakhir. Pada hari tersebut, saya mengambil suntikan Dexamethasone sebanyak 2 kali dan juga Proluton sekali.

Fuh, terasa punggung saya seperti ‘ayam salai’, dicucuk kemudian terasa pedih akibat dari ubat tersebut. Cecair ubat tersebut tidaklah sama seperti cecair ubat demam yang biasa kita ambil dipunggung tu, memang tiada rasa langsung!. Yang ini, memang terasa ‘burning sensation’ dikawasan sekitar tempat itu untuk tempoh lebih kurang setengah jam.

Saya gugel semula kesan-kesan dari pengambilan steroid terbsebut yang mungkin boleh mengganggu keseimbangan hormon didalam badan dan sebagainya :

Neurological/Psychiatric:
Convulsions, depression, emotional instability, euphoria, headache, increased intracranial pressure with papilledema (pseudotumor cerebri) usually after treatment, insomnia, mood swings, neuritis, neuropathy, paresthesia, personality changes, psychic disorders, vertigo.

[Sumber: Drugs.com]

Mungkin kah disebabkan kesan ubat atau sememangnya kombinasi kedua-kedua emosi tentang apa yang saya lalui sepanjang tempoh kehamilan ini. Selama itu saya cuba juga untuk melawan emosi dengan membanyakkan pembacaan, menulis diblog dan sebagainya, supaya tidak terus rasa down dan sebagainya.

Terus saya teringat salah satu buku yang saya beli di Pesta Buku Big Bad Wolf bulan November tahun lepas.

Walaupun saya bukan lah dalam kategori postnatal lagi (masih lagi antenatal, hihi) dan berasa agak sedikit tertekan ketika ini, mungkin serba sedikit informasi didalam buku ini dapat memberi gambaran mengenai isu kemurungan yang sebenarnya.

Bagi saya, masalah psychiatric ini sering berkait rapat dari mula tempoh ianya bermula dan jika tidak dicegah akan berlarutan kepada sesuatu yang lebih besar lagi tanpa kita sedari. Ok, masa untuk membaca, jika ada yang menarik didalam buku ini, pasti saya akan kongsikan😉 tak tahu lah bila nak habis bacanya lagi ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: