‘Surviving bed rest’-sambungan

Jika dilihat bed rest adalah seperti sesuatu yang menyeronokan, dapat berehat, tak perlu buat kerja-kerja rumah dan sebagainya. Ianya boleh dikatakan menyeronokkan jika melibatkan tempoh waktu yang sekejap. Bagaimana pula jika untuk tempoh waktu yang panjang? sebulan mahupun 2 bulan? ada yang terpaksa berkeadaan begini dari seawal kehamilan hinggalah sampai tempoh bersalin, fuh!

Seseorang masih lagi bertolenrasi dengan keadaan sebegini jika ianya adalah kehamilan pertama. Bagaimana pula yang bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar yang perlu diuruskan? Anak-anak yang sedak lasak membesar atau anak-anak yang sudah bersekolah? Fuh, tak dapat saya bayangkan. Sedangkan saya yang terpaksa begini untuk tempoh masa hampir sebulan walaupun tinggal bersama ibu pun dah bermacam-macam perasaan bercampur-baur yang saya hadapi sepanjang proses ini.

Sebagai seorang yang sedang mengalami dan melaluinya ketika ini saya boleh katakan 80% daripada keseluruhan proses ini adalah cabaran emosi. Saya cuba mengisinya dengan membanyakkan pembacaan saya tentang pelbagai topik, buku yang sebelum ini saya mungkin tidak berkesempatan untuk melakukan, namun ianya masih tidak dapat menghalang dan menghindarkan mainan emosi yang sering bermain difikiran saya. Ianya tidak sama seperti perasaan ingin keluar berjalan, melihat dan membuat sesuatu yang ingin saya buat! Dan itu yang membuatkan saya seperti dibelenggu.

Rata-rata dari semua artikel mengenai bed rest kesan dari aspek emosi yang mungkin dilalui oleh mereka-mereka yang terpaksa melalui kondisi seperti ini.

Emotionally, you may feel confined and isolated. Mood changes, guilt, anxiety and depression are common — and your partner may feel the same way. Child care is often a source of stress. If you’re not able to work, finances may become a concern as well.

Women on bed rest tell me that pregnancy bed rest is one of the most difficult things they’ve ever had to do and that often others do not understand what it’s like.

Ya, memang tidak dinafikan! I’ve been there, done that! Bahkan ada diantara cadangan-cadangan dan tip-tips yang sering saya baca didalam kebanyakan semua artikel tersebut seperti:

  • Stick to a schedule/Get organized/Establish a routine/Activity– Sudah pasti banyak yang boleh dilakukan untuk tempoh ini, seperti melayari internet, membaca buku, menonton televisyen dan pelbagai lagi aktiviti pasif yang boleh dilakukan diatas katil! Namun adakah ia boleh bertahan untuk jangka masa yang lama? Di saat ini teringat pula bagaimana kehidupan orang yang dipenjarakan, huhu!
  • Connect with friends/Interaction/Beat boredom-Terima kasih kepada pelbagai medium interaksi sosial yang ada pada masa kini seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.
  • Allow friends and family to help/Accept help/Don’t be afraid to ask visitors for assistance– Part ni lah yang memainkan peranan penting sebenarnya bagi mengelakkan seseorang itu tidak dibelenggu pelbagai perasaan emosi yang bercampur baur. Bayangkan, orang yang sihat tidak menunjukkan tanda kesakitan yang zahir hanya boleh ‘bersenang-lenang’ berehat dan orang disekitarnya terpaksa membuat kerja-kerja bagi pihaknya. Apa perasaan anda? Selesa? Serba-salah? Sampai satu ketika pun, orang disekeliling kita pun pasti akan berasa bosan, merungut, ‘membuat muka’ dan sebagainya. Yang pasti ianya bukanlah satu kerja yang mudah juga dikalangan masyarakat kita. Dan akhirnya ianya kembali membebani perasaan si penanggung itu.


Bed rest will be hardest if you already have children, especially little ones.

  • Expect emotional challenges/Seek out a support system/Seek support/Emotional Support– Yang ini yang paling saya anggap PENTING. Walaupun dalam apa pun keadaan, peranan orang disekeliling amat penting diwaktu-waktu ini. Pemerhatian, penerimaan, kerjasama sangatlah perlu kepada ibu-ibu yang melalui fasa ini.

A recent study showed that bed rest can lead to depression (and that the depression sometimes hangs around after the baby arrives). Be aware of the signs: unshakable feelings of sadness; loss of appetite; major mood swings. (Note: Any pregnant woman may experience each of these symptoms at various times.


Sesungguhnya saya sungguh takut jika saya pun mungkin akan hanyut dengan perasaan yang bercampur baur ketika ini. Suatu perasaan yang tidak dapat saya luahkan dan gambarkan dengan kata-kata. Itulah fitrah manusia, akan sentiasa merintih dengan apa pun dugaan yang sedang menimpa mereka.


Sumber:
1, http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/your_pregnancy/bed_rest.html#
2. http://www.americanpregnancy.org/pregnancycomplications/bedrest.html
3. http://www.pregnancy.org/article/surviving-bed-rest-during-pregnancy?page=1
4. http://www.americanpregnancy.org/pregnancycomplications/bedrest.html
5. http://www.mayoclinic.com/health/pregnancy/PR00107
6. http://www.pregnancyetc.com/what-is-bed-rest.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: