Tidak cukup susu? Susu kurang?

Sekadar ingin berkongsi cerita dan diharap dapat memberi motivasi kepada ibu-ibu diluar sanaπŸ™‚ Sementara tiba-tiba datang mood untuk kembali menulis semula diblog, hihi! Moga-moga dapat memberi semangat kepada ibu-ibu yang merasakan kuantiti susu mereka tidak semeriah berbanding orang lain.

Ini buku log catatan sesi pemerahan saya dahulu. Jika dilihat pada tarikh tersebut menunjukkan baru sebulan setelah kelahiran azri pada 23/10/2008. Masa itu saya tidak kerap menyusukannya kerana pengenalan botol dan puting tiruan terlalu awal diawal-awal kelahiran. Silap saya, kurangnya persediaan dari segi ilmu penyusuan dan juga tiada sokongan yang diperlukan pada masa itu. Oleh kerana keinginan yang kuat juga untuk memberinya susu ibu sahaja, saya teruskan juga dengan pemerahan.

Jika dilihat pada masa itu, kekerapan pemerahan saya tidak cukup sebenarnya. Saya hanya memerah sebanya 4-5 kali sahaja sehari sedangkan kekerapan pemerahan itu sepatutnya menyerupai kekerapan bayi yang menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari. Seperti yang saya kongsi dalam ulasan buku ‘Breastfeeding with confidence’ tempohari. Dan sebab itu lah juga kuantiti perahan susu hanyar sekitar 10-15 oz satu hari.

Namun setelah menggali pelbagai maklumat bagaimana untuk meningkat hasil pengeluaran susu di internet, barulah saya tahu bahawa kekerapan pengosangan payudara itu amatlah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu. Daripada 10-15 oz satu hari, setelah meningkatkan kekerapan pemerahan (menyerupai kekerapan bayi menyusu dalam sehari) saya berjaya memperoleh maksimum 38 oz satu hari.

Sehingga saya dapat juga membuat bekalan stok beku pada lebihan susu yang diperah. Inilah yang saya ingin buktikan kepada ibu-ibu diluar sana bahawa, tidak ada orang yang dianugerahkan susunya melimpah ruah dan juga yang kurang susunya (melainkan diatas sebab-sebab kesihatan yang menghalang penghasilan susu lebih banyak). Kerana saya juga bermula dengan hasil kuantiti susu yang sedikit!.

Apa yang hendak saya sampaikan disini adalah kepentingan pengosongan payudara itu samaada melalui kekerapan penyusuan dari bayi dan juga kekerapan pemerahan yang kerap (jika tidak bersama bayi dan sebagainya). Terutamannya dalam tempoh-tempoh awal kelahiran sewaktu dalam pantang. Oleh sebab itu, jika dilihat, bayi ketika dalam tempoh ini akan menyusu lebih kerap kadang-kala sejam sekali malah ada yang lebih dari 12 kali dalam sehari sehinggakan ada ibu yang berasa kurang yakin pula dengan gaya bayi mereka menyusu seolah tidak puas atau tidak cukup susu.

Dan didalam tempoh ini, ibu-ibu seharusnya menyusukan bayi mengikut kehendak bayi itu sendiri, yang dipanggil ‘breasfeeding on demand’. Jika ini dipraktikan, insyallah bayi akan mendapat cukup keperluannya. Perhatikan jumlah lampin basah dan kotor yang telah gunakan seperti dalam panduan dibawah ini, insyallah bayi anda mendapat cukup susu diawal-awal kelahirannya.πŸ™‚

5 thoughts on “Tidak cukup susu? Susu kurang?

  1. aslmkm..kak..akak kuat..zai ni dah slow dah..ambil mudah bila baby dah setahun…x dayo den nak memerah 8-12 kalisehari…akak mmg kuat….

  2. ayu says:

    salam yatie, ayu nak share entri ni ye..hehe..tq..

  3. Hayatie says:

    Zai: Wassalam, entri ini sekadar memberi motivasi. Bagi ibu-ibu yang masih menyusu terus bayi mereka, tidak perlulah untuk memerah 8-12 kali sehari, memadai hanya memerah di sekurang-kurang 3 kali sewaktu bekerja (8-5pm)dan meneruskan penyusuan bersama bayi ketika pulang ke rumah. Konsepnya tetapnya sama, iaitu pengosongan payudara yang kerap sekurang-kurangkan 8-12 kali sehari tidak kiralah sama ada secara menyusukan, menyusu & memerah atau memerah sahaja (pada bayi yang tidak menyusu langsung).

  4. Hayatie says:

    Ayu: Silakan..terima kasih!πŸ™‚

  5. Pensil Magik says:

    akak.. keep up the good work.. mmg bagus utk motivasi.. p/s : saya la yg anta application utk masuk peer counselor tu..πŸ™‚ .. jom link and follow togeder2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: