Oh, Tidak! Kerusi ku..

Saya tinggalkan sekejap sahaja, tak tahu lah dari mana azri dapat bedak tu. Saya masuk bilik tengok bersalji bilik saya ‘waarrghh, apa sudah jadi dengan nursing glider chair ku itu, uhukk’. Nasib baik bedak. Selain daripada bedak, hobi utama azri ialah membuka apa-apa botol yang berisi air dan menumpahkan merata sesuka hati. Insiden menumpahkan air mineral, botol saline contact lens sudah seringkali terjadi jika saya terlupa untuk meletakkanya ditempat yang tinggi.

Mujur bedak. Sebelum ini, ada juga kejadian menumpahkan air, nasib baik air kosong sahaja.

Ini waktu baru-baru lepas upacara memasangkan kerusi ini. Seperti biasa, tukang rasmi wajib kami harus merasmikan dahulu. Suka lah dia, sebab kerusi ini boleh ‘rocking’. Selagi saya tak lock tempat glider tu, selagi tu dia pulun henjut. Sekarang dah pandai bukan selak tu sendiri, hmmm!

Ni pula sebelum upacara mencukur poket saya, hihi! Waktu ini, semasa program Sambutan Minggu Penyusuan Sedunia di Hospital Serdang tahun lepas. Syarikat perabot ini turut mengambil bahagian di ruang pameran sepanjang program tersebut.

Ini lah padahnya jika dah ‘test drive’. Sebenarnya saya borong set display yang dipasang pada hari tersebut. Lebih murahlah harganya berbanding yang baru. Tapi display set itu pun kebetulan set yang baru dipasangkan untuk pameran tersebut. Jadi kiranya masih baru lah. Pada mulanya saya ditawarkan pada harga RM1000++ (cash & carry) tapi saya masih kurang berminat lagi.

Namun menjelang petang kami hampir selesai program, mereka pun menawarkan harga akhir iaitu RM850 dengan alasan mereka malas nak buka dan bawa balik. Fuh, cair juga hati saya ketika itu. Maklumlah seharian disana sepanjang program tersbeut entah berapa kali saya berehat-rehat2 di kerusi tersebut, huhu!

Setelah mendapat ‘green light’ dari boss, atas alasan nanti boleh letak di ofis dia, hehe. Saya pun beli lah. Puas hati lah, walaupun set itu orang dah berapa kali test sepanjang hari tersebut dengan harga RM850 dari harga sebenarnya RM1699. Nursing Glider Chair ini juga boleh didapati di kedai Momslittleones juga.🙂

One thought on “Oh, Tidak! Kerusi ku..

  1. asmaa says:

    sonok dpt bby blh nyusu kat kerusi tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: