Buku: Breastfeeding with confidence

Sepanjang ‘perintah berkurung’ di rumah ni, dapat lah saya meluangkan masa dengan membaca buku-buku yang lama saya beli tapi terperuk tak sempat nak bacanya. Buku ni saya beli semasa saya menghadiri Susuibu International Lactation Conference di Pullman, Putrajaya November yang lepas.



Kira sebagai salah satu persediaan penyusuan semasa mengandung untuk saya lah ni. Bagus juga menjadi koleksi bagi ibu-ibu yang sedang membuat persediaan penyusuan semasa dalam tempoh kehamilan lagi.

Buku setebal 130 muka surat ini boleh dihabiskan dalam masa sehari sahaja. Sesuai lah bagi yang tidak ada masa untuk membaca buku yang tebal-tebal Topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini juga komprehensif.

Diantara topik-topik yang saya kira agak penting bagi ibu-ibu yang baru khususnya. Mereka perlulah betul-betul faham konsep penyusuan diawal-awal kelahiran supaya mereka lebih bersedia, tidak mudah panik dan yang paling penting dalam keadaan yakin untuk meneruskan penyusuan itu.

Apa yang boleh saya kongsikan dari buku ini sebagai contoh, produksi susu bermula dengan hanya mengeluarkan sedikit cecair sahaja yang dipanggil Kolustrum untuk 48 jam pertama selepas kelahiran dan seterusnya bertukar kepada susu matang secara beransur-ansur. Dan kadar itu akan meningkat dengan drastik lagi jika ibu menyusukan bayinya dengan lebih kerap lagi. Lihat bagaimana produksi susu berlaku.

Pada ketika itulah amat ditekankan konsep ‘Feeding on Demand’. Dimana, didalam konsep penyusuan tiada waktu tertentu atau jadual waktu bila bayi perlu menyusu. . Kebanyakan bayi diawal-awal kelahiran akan menyusu lebih kerap dari 8 hingga ke 12 kali dan tidak semestinya pada selang dan waktu yang sama. Ianya sangat subjektif dan bergantung kepada bayi itu sendiri.

Saya kongsi juga guideline yang saya baca dibuku ini tentang gaya penyusuan bayi seawal 48 jam pertama:

First Twenty-four Hours:
  • Half a teaspoon of colostrum each feed.
  • Green-black stool.
  • One wet diaper.

Second Twenty-four Hours:

  • One teaspoon of colostrum each feed.
  • Soft green-brown stool.
  • Two wet diaper.
(Sila klik untuk membesarkan gambar ini)

Gambarajah diatas memberikan gambaran bagai paten bayi menyusu didalam tempoh diawal-awal kelahirannya. Kadang-kala ada yang lebih kerap lagi.

Jika dibaca kembali dari petikan yang saya ambil dari buku ini, hanya setengah sudu teh & satu sudu teh yang bayi ambil dalam setiap sesi penyusuannya untuk 48 jam yang pertama. Ini menunjukkan bahawa tidak ada susu matang sebanyak 2 hingga 3 oz yang akan keluar dari payudara kita untuk tempoh ini! Ini yang ibu-ibu baru perlu tahu dan yakin.🙂

Apa yang penting ibu-ibu perlu terus berasa yakin untuk terus menyusukan sejurus selepas melahirkan anak-anak mereka. Insyallah!


3 thoughts on “Buku: Breastfeeding with confidence

  1. herm..zai pun sejak beranak dua dan baru kenal ilmu menyusu dan penyusuan…dah kumpul dua judul…. The Womenly Art of Breastfeeding + Making More Milk… buku-buku ni kira mcm manual lah…untuk troubleshoot (hak hak hak!!!)

  2. armouris says:

    info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALUMasalah Penyusuan Bayi

  3. knie massage says:

    It’s amazing to go to see this site and reading the views of all mates regarding this post, while I am also eager of getting
    know-how.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: