Tema World Breastfeeding Week 2011

Hari ini saya menjengah ke laman web WABA. Ternampak mereka sudah mula melancarkan tema untuk Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bagi tahun 2011. Tema untuk tahun adalah ” “Talk to me! Breastfeeding – a 3D Experience”. Wahh terkejut saya tengok bila slogan kali ini ada 3D. Ingatkan di panggung wayang sahaja yang tengah kemaruk dengan 3D ni, hihi.

Konsep 3D yang dimaksudkan dalam slogan oleh WABA pada kali ini adalah lebih menumpukan kepada konsep komunikasi didalam penyusuan yang selama ini jarang kita ambil berat. Yang mana sebelum-sebelum ini kita lebih memberi fokus kepada faktor masa (tempoh penyusuan itu bermula dari awal kehamilan sehinggalah proses bercerai susu) dan juga faktor tempat (dimana proses penyusuan itu bermula seperti rumah, komuniti, institusi kesihatan dan lain-lain lagi).

Tujuan WABA menekankan konsep komunikasi dalam tema kali ini kerana komunikasi juga memainkan peranan yang amat penting didalam usaha untuk mempromosi, melindungi dan juga memberi sokongan didalam penyusuan Ibu. Dimana, didalam era yang serba canggih dan pantas ketika, semua dari kita dapat berkomunikasi sesama sendiri dari segenap pelusuk dunia. Dengan adanya teknologi-teknologi baru yang sentiasa dicipta setiap hari untuk menjadikan sesebuah komunikasi itu lebih mudah.

Jadi bersesuaian dengan tema yang dipilih pada kali ini, dengan harapan kita semua dapat mengambil kesempatan yang ada pada masa ini untuk meluaskan lagi jaringan yang ada dalam usaha untuk memartabatkan penyusuan susu ibu ini.

Saya sangat teruja untuk menunggu kedatangan minggu penyusuan ini. Teringat kembali kenangan pada tahun lepas sewaktu saya terlibat sepenuhnya dengan MBfPC dengan pelbagai projek sewaktu minggu penyusuan sedunia itu. Yang paling tidak dapat dilupakan adalah program MBfPC selama 3-hari di Fiesta Kajang dan juga Sambutan Hari susu Ibu pada hari ke-3 program di Fiesta Kajang tersebut. Rindu saat-saat itu, saat-saat tidak menang tangan, terkejar kesana-kemari, makan minum tah kemana. Berharap tahun ini saya dapat peluang lagi dan diberi kesihatan dan kelapangan untuk mengendali program itu semula

Bagi yang terlepas membaca entri saya mengenai program tersebut, saya lampirkan semula pautan-pautan mengenai laporan saya yang lepas sepanjang sambutan Minggu Penyusuan Sedunia tahun lepas.🙂


1. MBfC@Fiesta Kajang-Day 1
2. Sepanjang Prog. MBfPC & Sambutan Hari Susu Ibu
3. MBfPC@Kajang Specialist
3. Talk@KPJ Kajang & WBW@K.K.I.A Koperasi Polis



One thought on “Tema World Breastfeeding Week 2011

  1. Cik Yut says:

    Cik Yatie, adakah anda bisa utk berjimba sepanjang bulan keramat itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: