Suntikan Proluton Depot

Sejak dari saya mula admit ke HUKM tempohari, saya harus mengambil suntikan Proluton Depot-250mg ini setiap 2 kali seminggu disamping pil Duphastion 2 kali setiap hari. Sehingga ke minggu ini sudah 8 botol Proluton yang perlu saya ambil. Semasa diwad, juruwad yang datang untuk memberi suntikan. Bila dirumah saya perlu bawa ubat ini ke klinik untuk mintak disuntikkan. Sebab tak boleh nak pandai-pandai pula cucuk sendiri, huhu!

Masuk kali ini, dah dua klinik saya pergi. Klinik pertama yang saya pergi ni mengenakan cas RM22 untuk servis tolong menyuntikkan sahaja mengguna jarum mereka. Bagi saya, agak mahal juga, haihh! Saya terjah ke klinik ini memandangkan klinik ini di taman perumahan saya sahaja. Namun saya jarang pergi.

Kemudian kelmarin saya beralih ke Klinik yang lain pula. Klinik ini biasa saya pergi dan doktor ini pun dah saya kenali dan peramah. Klinik ini agak jauh dari rumah saya, terletak di Bandar Tun Hussein Onn. Saya suka servis dan kadar caj rawatan pun berpatutan.

Setelah saya mendapatkan suntikan di Klinik kelmarin, saya tidak mengalami apa-apa perbezaan melainkan rasa sakit sedikit kesan dari ubat itu. Kesan seperti biasa yang saya rasa semasa mengambil suntikan ini di HUKM dan klinik yang pertama tempohari.

Namun sejak dari tengah malam kelmarin, tempat suntikan itu menjadi bengkak kelihatan seperti bintat semut tapi lebih besar sebesar bola tenis juga lah dan terasa gatal-gatal. Untuk makluman semua, suntikan ini dilakukan di punggung yer, ngeh-ngeh! Saya ingatkan saya kena gigit semut sebab masa dicucuk saya tak rasa, jadi saya tak berapa pastilah kat mana tempat yg dicucuk tu.

Kemudian saya pergi semula ke klinik tersebut untuk check semua keadaan bengkak tersebut. Doktor kata saya terkena allergi reaction, bengkak mungkin disebab terkena saraf semasa dicucuk, tapi kalau ditambah gatal2 tu adalah sebab allergi kepada sesuatu bahan tapi dia konfius kalau disebabkan ubat tu tidak mungkin, sebab saya dah amik ubat tu dari mula lagi. Dia syak sebab alcohol swab yang menyebabkan allergi tu.

Saya memang tiada masalah allergi dengan apa-apa suntikan pun dari dulu. Dah nak kena kan. Sekarang masih lagi krim untuk hilangkan rasa kebas gatal-gatal dan bengkak pun masih belum susut lagi. Hmm, macam-macam hal.

Sedikit informasi mengenai Proluton Depot ini. Proluton adalah sejenis bahan yang dikenali sebagai hydroxyprogesterone yang bertindak sebagai hormon sintetik untuk meningkat kadar progesterone didalam badan yang sangat diperlukan terutama bagi ibu-ibu yang sedang hamil.


Proluton is a highly efficient steroid hormone C-21 that is involved in the pregnancy phases, embryogenesis and female menstrual cycles of not only the humans but in other species as well. This steroid belongs to the group of progestogens hormones and is the main naturally developing human progestogen. The progesterone should basically not be mixed with the progestins that are the synthetically created progestogens.

[Sumber: http://www.healthsofa.com/medications/proluton]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: