Baju MBfPC

Macam biasa, lagi satu cerita dah lama tapi baru nak buat entri, ngeh-ngeh. Alhamdulillah akhirnya MBfPC dah ada baju rasmi yang lebih menepati keperluan seorang wanita. Apalagi jika ianya lebih muslimah dan sopan. Yang best lagi, baju ini adalah baju untuk meyusu juga.

Mungkin sekali pandang, ramai yang dah boleh agak baju ini datangnya dari jenama yang mana. Yaa, tak lain tak bukan adalah dari Hilyah. Hasil daripada perbincangan saya dan zarin, akhirnya kami memilih baju menyusu dari Hilyah ini sebagai baju rasmi MBfPC, memandangkan warnanya sudah sama dengan warna rasmi MBfPC.

Tidak banyak sebenarnya perubahan yang perlu dilakukan pada baju ini. Kami hanya minta pihak Hilyah untuk menggantikan imej pada bahagian bawah baju itu dengan logo MBfPC. Dan hasilnya, sangat memuaskan. Tempahan baju ini telah mendapat banyak sambutan dari semua PC-PC MBfPC seluruh Malaysia.🙂

Boss besar MBfPC aka kak kamariah berposing dengan baju MBfPC.

Alhamdulillah, tempahan yang agak banyak berjaya saya uruskan dari mula hingga lah ke proses pengambilan dan pengeposan. Insyallah, 2nd batch order untuk baju ini akan dibuka bagi yang tidak sempat membuat tempahan, tercicir dan sebagainya.

Gambar dari susuibu.com

Semua pakat untuk memakai baju MBfPC pada SGM Susuibu.com yang pertama untuk tahun 2011. Masing-masing sangat teruja dengan baju MBfPC tersebut. Walaupun saya tidak lagi untuk merasmikan baju MBfPC untuk sebarang program MBfPC pada ketika ini, saya sangat teruja melihat kawan-kawan yang bangga menyarung baju MBfPC ini. Tak sabar rasanya nak tunggu selepas bulan 5 nanti. Insyallah saya akan kembali ‘beraksi’. Doa-doakan segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar buat saya.🙂

2 thoughts on “Baju MBfPC

  1. noraherni says:

    Seronoknya kalian! Acik sangat jeles kerana masih belum dapat menyentuh baju ini huhu!

  2. Fid says:

    awwww….ada ai lagik huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: