Bed Rest di rumah

Alhamdulillah, sudah 5 hari saya berada dirumah setelah hampir 2 minggu ‘berkampung’ di Hospital. Kalau diikutkan saya harus terus tinggal & berehat di hospital sahaja. Namun, saya yang minta untuk pulang dan berehat di rumah sahaja. Selang seminggu lagi saya ada appointment semula di Hospital untuk melihat keadaan rahim saya. Samada masih ok, atau sebaliknya sepanjang 2 minggu cubaan saya untuk berehat dirumah.

Di rumah pun, saya harus banyakkan berbaring. Oleh kerana sentiasa berada dalam keadaan trendelenburg position (kaki lebih tinggi). Maka dengan itu, encik suami tolong improvise sedikit tilam bujang ini dengan meletakkan karpet di bawahnya. Oklah, walau pun tak setinggi katil hospital tu, huhu!

Katil ini saya letakkan pada ruang tamu rumah, tempat saya berbaring jika hendak menonton tv ker. Malam, tidur dibilik juga. Tilam dalam bilik tak mampu nak buat posisi macam ni, sebab besar dan berat pula. Kalau nak buat juga, encik suami pun kena tidur posisi yang sama, huhu.

Bila letak katil & tilam kat ruang depan rumah, teringat waktu-waktu berpantang dahulu. Memang berkampung semua kat ruang tamu dengan baby2 sekali, hihi! Nampak gayanya, katil & tilam ini akan terus berada disitu sampai lah saya bersalin kelak.🙂

Oh ya, terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan, di blog dan seangkatan dengannya yang sering mendoakan kesihatan & kesejahteraan saya. Semoga Allah membalas segala ingatan tulus ikhlas yang diberikan pada saya.

Tidak sabar menunggu selepas bulan 5 kelak, untuk kembali ‘beraksi’ bersama teman-teman seperjuangan dalam dunia penyusuan.🙂 Sementara menunggu tempoh itu, bolehlah saya study apa-apa yang patut dan meneruskan kerja-kerja admin MBfPC.

2 thoughts on “Bed Rest di rumah

  1. tha..tadik nk singgah melawat tp acik blk umah dulu sbb ade org nk hantar barang..igt nk gikla balik melawatmu udahnya 'insan2 tersayangku pakat ketiduran lak huhu..hrp dpt melawatmu nnt..hanya bubur lambuk dpt kukirimkan buatmu uhukss.eh ni kira rest smpai bersalin la ye.kire hnya kene baring je kecuali ke toilet je kan dibenarkan..hope cecepat sihat dan selamat semuanya

  2. Hayatie says:

    Cik puan: Terima kasih bebanyak yer. Takpalah dapat pekena bubur lambukmu pun dah kira hokeh la tu, hihi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: