Berkampung di HUKM

Wah, lamanya dah jenguk blog sendiri. Banyak benda yang saya lelalui sepanjang saya tidak berblog, terlalu banyak yang hendak dicerita sehingga sudah tidak tahu apa yang nak dimulakan. Kehamilan kali ini betul-betul membuka lembaran baru dalam catatan saya di tahun baru ini. Saya betul-betul memperlahan segala aktiviti-aktiviti tentang penyusuan semenjak saya mula hamil diatas sebab-sebab masalah kesihatan. Menyebabkan saya kebuntuan untuk berkongsi cerita tentang susu ibu kerana sebab susu ibu juga lah yang menjebakkan saya kedalam dunia blog ini.

Sekadar ingin berkongsi tentang keadaan saya ketika ini, alhamdullilah saya telah pun memasuki 24 minggu kehamilan. Pada ketika ini sudah 5 hari saya berkampung di HUKM kerana kes Cervical Incompetence yang saya alami akibat dari surgeri LEEP yang saya jalani dahulu. Risiko yang sudah pun saya jangkakan. Pada khamis lepas saya telah pun memasuki OT untuk menjalani procedure Cervical Cerclage (Ikat rahim) namun ianya tidak dapat dijalankan kerana rahim terlalu pendek.

Esok selasa, saya akan memasuki OT semula untuk menjalani procedure itu semula setelah bed rest didalam keadaan Trendeleburg position selama 4 hari untuk mengimprovekan keadaan rahim itu semula dengan harapan proses cerclage itu boleh dilakukan. Hopefully semuanya akan berjalan lancar esok.

Sekian lah sahaja short update dari saya. Insyallah, setelah segalanya selesai nanti, mungkin saya dapat bercerita panjang lebar lagi mengenainya kelak. Adiosss!🙂

4 thoughts on “Berkampung di HUKM

  1. ku doakan semuanye selamat tha…aminnn

  2. mirah says:

    yati, moga semuanya selamat..

  3. fiza says:

    Tha, smoga procedure berjalan dengan lancar dan selamat…doaku untuk mu (^_^)

  4. ayu says:

    semoga dipermudahkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: