Upin & Ipin Vs Barney

Kedua-dua siri ini adalah diantara siri kartun yang paling digemari oleh azri (selain daripada siri Wonderpets) pada setiap 2.30 petang di TV9). Kadang-kala kalau saya dah letih melayan dia, saya bukakan je siri ini dilaptop dan saya boleh buat kerja lain. Lepas boring Upin-ipin tukar ke Barney pula, begitulah berulang-ulang kali hampir setiap hari.

Namun ada kesannya juga akibat terlalu menonton kedua-dua siri ini yang saya nampak. Sebagai contoh, dalam siri Upin & Ipin yang episod ini, ada adegan upin & ipin bermain baling kasut. Bermula dari situ, azri mula meniru aksi tersebut dan bermula adegan baling-membaling segala jenis selipar & kasut. Kalau tak dapat kasut, barang-barang yang lain pun jadi lah!.

Dan satu lagi yang saya perasan, dia sering mengikut gaya dalam watak Kak Ros (iaitu kakak kepada Upin & Ipin) yang selalu marah-marah & merengus. Sebagai contoh, dalam watak itu Kak Ros seringkali marah dengan kenakalan Upin & Ipin dan selalu mengeluarkan perkataan “issshhh”. Dan setiap kali azri dengar Kak Ros, azri pun ikut. Dan kadang-kala bila dia main sendiri, atau marah kerana saya ambil sesuatu yang dia pegang, dia akan sebut “ishhh” tu juga. Haihhhh!
Kemudian, encik suami pun download juga siri terbaru Upin & Ipin iaitu Geng Pengembaraan. Yang ni azri takut sikit. Kalau nak tengok ni mesti ada orang teman duduk sekali dengan dia. Pun, dalam cerita ada juga adegan yang ditiru oleh azri. Sebagai contoh, adegan me-willy motor ala-ala macam mat rempit oleh cucu tok Dalang (tak ingat nama) dan rakannya Lim apabila mereka pulang ke kampung. Hasilnya, Azri pun tiru adegan willy tu dengan basikalnya. Setiap kali naik basikal (kalau dia teringat) dia akan angkat stereng basikal tu ke atas. Tapi bila dia nak angkat basikal tu keatas dia kena turun lah dulu, hehe!.

Berbeza kalau tengok Barney, oleh kerana siri Barney tiada adegan yang agak ‘nakal’ yang ditunjukkan. Bila tengok Barney, ada juga aksi-aksi yang ditiru seperti tarian-tarian dalam siri itu. Selain itu, bila azri dengar lagu penamat Barney iaitu “I Love You” mesti dia akan terus bangkit peluk dan kiss saya macam dalam siri itu. Yang tu saya suka, ngeee!

Ini yang buat saya berfikir dua kali nak bagi dia tengok yang mana satu yang lebih memberikan impak yang lebih baik untuk azri. Huhu!

2 thoughts on “Upin & Ipin Vs Barney

  1. mairapun suke kt upin n ipin..barneypun sama..barneytuh bnyk lagu..sedap dia dgr

  2. Afne says:

    byk kan pengaruh tv/dvd/youtube ni. haziq pn bila tgk iklan petronas pn dia sbk buat gaya driving dgn bunyi sekali hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: