BBW Book Fair

Selama dua hari berturut-turut saya berkampung di Big Bad Wolf Book Fair (wah berkampung!) di South City Plaza Sri Kembangan. Gara-gara melihat status rakan-rakan yang sudah pergi ke BBW itu. Pada hari sabtu yang lepas, saya datang petang, agak lewat juga memandangkan ianya tutup pada pukul 9 malam. Jadi saya tidak puas meneroka buku-buku yang ada disitu. Pada keesokan harinya awal-awal pagi ahad lagi saya sudah terpacak disana.
Mujur kami sampai awal, dua kali juga lah kami kena beratur. Mula-mula sebelum nak masuk kedalam kompleks itu, yang kedua sebelum nak masuk ke pintu BBW itu. Nasib baik, kami diantara yang dihadapan sekali. Semangat betul. Semangat sebab buku-bukunya tersangat lah murah. Kebanyakan buku-buku diantara RM3-15 sahaja. Termasuklah yang jenis hard cover.

Jumlah buku-buku yang berharga RM516 yang saya borong sepanjang 2 hari disana. Oops, yang ni sebelum di asing-asing mengikut pesanan yang dikirim oleh rakan-rakan🙂 Ramai pengirim ni.

Selepas di asing-asingkan, ini sahaja yang saya borong di BBW tu, ngeee!. Fuh, tak tahu bila nak habis baca ni. Buku-buku ni yang saya beli ni setiap satu dari RM5-12 sahaja. Buku Time Traveler’s Wife tu pun harganya RM8 sahaja. Tu belum masuk buku-buku hard cover yang lain, giler betul.

Buku-buku azri yang jenis kulit keras tu pun harga dari RM3-RM8 (kalau yang besar). Untuk azri memang saya belikan semua yang jenis keras tu je. Tak boleh beri dia yang jernis kertas nipis, nanti dia main koyak-koyak bila dah habis tengok.

Sekarang tengah baca buku Breastfeeding Sucks. Lawak betul pengolahan ayat dia. Kalau habis nanti saya review (chewah review, bila nak habis baca tu, hehe).

Pada yang masih belum pergi lagi ke BBW tu, masih belum terlambat lagi. Pesta buku itu berlangsung dari 12-17 November 2010, 10am-9pm. Esok last day🙂

4 thoughts on “BBW Book Fair

  1. THA buku jahitan bag n craft ade sekali dak bhs jepun pon xpe aduii ruginya xsinggah arituh mmg niatku nak jenguk tp pasal dah petang sgt time tuh..nnt jgn lupe review buku bf suck tuh huhu dengornye abeh ke korg je yeaa isshhh esok dahla raya xdapatla gayenye nak soping buku uwaaaa

  2. Hayatie says:

    Nurul: BUku jahitan bag tak perasan la. Tapi Craft memang byk. Esok last, sempat lagi nak terjah lagi sambil beraya..🙂

  3. mirah says:

    yati, mirah pun tak [puas hati pg sabtu tu. isnin tengahri pergi dgn harapan nak cari lebih banyak buku utk anak2, sekali habis licin dah kat bhgn children tu. Pergh, next time mmg nak serbu lah kalau buat lagi. Memang murah dan berbaloi.

  4. huda pun pg gak. 2kali pegi, 1st pegi on sturday.. ok la buku still byk, bler pg on monday mostly buku children dah xder.. tapi total buku of us almost RM30++..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: