Isu ‘Perlukah Susu Lain Selepas 2 Tahun’

Terlebih dahulu, saya berpendapat, sudah ramai yang terkeliru dengan tulisan artikel yang ditulis oleh Puan Kamariah mengenai isu susu lain selepas 2 tahun. Ya, saya adalah diantara orang-orang yang menyokong penuh usaha memperjuangkan Susu Ibu ini dan diantara yang juga menentang keras propaganda yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar Susu Formula ini. Namun tidaklah bermakna saya juga memandang serong terhadap ibu-bapa yang memilih susu formula untuk anak mereka, saya menghormati pilihan yang dibuat oleh ibu bapa tersebut. Namun sebagai salah seorang aktivis penyusuan saya akan tetap menyebarkan apa yang terbaik mengenai susu ibu dan apa yang salah mengenai ancaman terhadap penyusuan ibu sendiri.


Berbalik kepada isu yang sering di salah anggap oleh sesetengah pihak ini. Pada pendapat saya, apa yang cuba dikupas oleh puan Kamariah didalam penulisannya adalah lebih kepada trend memberi susu bagi menggantikan budaya pemakanan seimbang kepada anak-anak pada masa kini setelah 2 tahun atau setelah selesai tempoh penyusuan ibu itu sendiri. Iklan-iklan yang sering kita tonton dan lihat di media hampir setiap masa dan ketika tentang adanya susu untuk setiap peringkat umur kanak-kanak, sebagai contoh ‘Langkah 1-2-3 malah 4-5-6’ secara tidak langsung mempengaruhi minda kita bahawa anak kita memerlukan susu tepung tersebut untuk tumbesaran yang sempurna walaupun setelah selesai tempoh penyusuan ibu. Malah iklan susu tepung ini tidak terhenti setakat kanak-kanak sahaja, ibu mengandung malah untuk orang-orang tua yang berumur 50 tahun ke atas pun disogokkan dengan keperluan untuk meminum susu yang di formula kan ini.


Ya, tidak dinafikan sebagai manusia, kita memerlukan kalsium sebagai salah satu sumber nutrien untuk badan kita dan sumber kalsium yang paling tinggi dan mudah didapati adalah dari produk tenusu. Namun tidak semestinya untuk mendapat tulang yang sihat kita perlu meminum susu formula. Bukan kah yang lebih baik adalah untuk memilih susu yang lebih semulajadi iaitu susu segar? Bukannya susu yang diproses, melalui pelbagai kaedah penapisan untuk menjadikan ia sejenis tepung. Bukankah ianya lebih mudah untuk melalui proses pencemaran? Dan ianya telah terbukti dengan pelbagai berita mengenai pencemaran susu formula yang kita dengar di media masa. Jangan kerana kita bersikap ‘oh itu jenama yang tidak ternama’ dan sebagainya, kita perlu ingat proses dan caranya adalah sama dan risikonya tetap ada walau setinggi mana sesebuah jenama itu. Di sinilah sebenarnya isi tersirat yang ingin saya kupaskan disebalik penulisan diartikel tersebut.


Kini, syarikat-syarikat pengeluar susu formula ini telah berjaya menghasilkan satu trend jalan pintas untuk mengatasi masalah anak yang cerewet untuk makan. Susu pelengkap yang kononnya sering digambarkan dapat menggantikan seluruh khasiat dalam piramid makanan menjadi ‘penyelamat’ bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang cerewet makan. Tidakkah kita terfikir bahawa dengan segala bagai sogokan dan momokan yang kita terima dan lihat di media-masa sebenarnya secara tidak langsung telah mempengaruhi cara & minda kita berfikir dalam melihat sesuatu. Kebanjiran susu formula malah susu pelengkap ini telah menjadikan kita tidak lagi kreatif untuk mencuba pelbagai kaedah untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk anak-anak. Alternatif kepada susu formula & susu pelengkap ini adalah dilihat sebagai satu jalan pintas untuk memenuhkan perut anak-anak. Kadang-kala kita perlu bawa diri kita dan renungkan kembali zaman di masa ketiadaan susu-susu pelengkap ini.


Sebagaimana kita cuba untuk menjauhkan makanan seperti makanan segera, makanan yang diproses dan sebagainya. Kenapa pula kita tidak melakukan yang ini? Jadi, kembalilah kepada yang lebih semula jadi sebagai salah satu amalan seharian kita.


Saya: Bukan lah anti kepada susu lembu, malah saya dan anak yang berusia 2 tahun lebih juga minum susu pada setiap hari, namun saya cenderung untuk memilih susu segar sahaja. 🙂

*Propaganda syarikat pengeluar susu:

-Dari entri International Baby Food Action Network (IBFAN)

http://www.babymilkaction.org/

http://www.waronwant.org/attachments/THE%20BABY%20KILLER%201974.pdf

12 thoughts on “Isu ‘Perlukah Susu Lain Selepas 2 Tahun’

  1. tha adakah ini pasal yg kabarkan pd seorg sahabat td..huhu

  2. Salam…Dah lama saya nak cari info pasal nih…Skrg saya still BF anak saya yg berumur 20 bln…Risau sebab yelahkan, susu bdn dah makin kurang, anak plak anta nursery, takut karang kalau kita tak bekalkan, susu apa2 ntah yg nursery bagi plak..so, selain drp saya terus bekalkan EBM, saya boleh gak bagi susu segar yer? any suggestion tak susu segar mana yang ok?Thanks again…:)

  3. rasanya berbaloi saya beli snow bear. kalau anak dah 2 tahun, nak bg susu segar pun senang. kalau panas terus dalam periuk, byk nutrient yg hilang. yup, i vote susu segar 4 my family (masa pregnant pun, hanya fresh milk—> jenis gooday jer blh terima)

  4. Hana Seman says:

    Hayatie, thanx for the comment kat blog saya..Yes! 100% agree with you. Sama-samalah kita berjuang.

  5. TQ atas sharing ini.. afra pun minum fresh milk je skang. tuh pun sebab maknya malas nak bancuh2, nak ngangkut2 ke hulu ke hilir bakul susu. eh tak kuasa mak! org mungkin ckp saya sombong, tapi percayalah, once dah biasa dengan kesenangan (dulu2 selak2 je di mana2 kan), bila nak melalui kesusahan tuh ishhh bercinta! lagi pulak, memang paed ckp pun, tak de beza pun susu formula ngan fresh milk tuh. apa2 vitamin hape hape derang market kan tu ntah ada ntah tidak pun. THA, anak aku kengkadang melepek gak nak bergayut. Sakit! Tapi terpaksa layankan. Tau sebab apa sakit, sebab dia isap guna gigi, bukan guna lidah dah. Penangan botol susu la nih😦

  6. thanks untuk infonie..ada gak tanya kat diri sendiri mcm mana maira bila dah bis nyusu bdn pas 2 thun..tq

  7. Sue says:

    nk tanya, kalau fresh milk mcm brand dutch lady tu, nak bg kat anak kena reheat ke? tak ke nnt nutrien hilang? sbb pikir gak kalo bagi sejuk2 tu masuk dlm botol, mcm susah sikit la kot anak nk minum. mcmana yea…

  8. Hayatie says:

    Haniza: Saya tak pasti lah dear, susu segar yang mana yang ok. Terpulang juga pada si anak itu :)Sue: Yup kita panas kan samada guna warmer, atau rendam didalam bekas yang berisi air panas.🙂

  9. m@Ri@ says:

    kak yati,panaskan susu segar guna bekas air panas tu smp susu tu betul2 panas ke atau panas skit2 je?

  10. akak,nak tanya anak saya ke-2 sebelum ni susu soya, tapi sekarang ni saya ada anak ketiga dan ekslusif BF, so saya bagi anak saya yang ke2 tu stok EBM tu walaupun dah 2 tahun,boleh ker?

  11. Hayatie says:

    Siti Farihan: Boleh, tiada masalah.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: