Sangkutan di Hospital Putrajaya


Alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan surat dan kertas kerja saya hantar ke Hospital Putrajaya, akhirnya setelah mereka bermesyuarat & memberi kata putus untuk membenarkan saya untuk membuat program sangkutan di Hospital Putrajaya.

Proposal yang saya hantar sebelum saya hamil lagi dan baru2 ini telah mendapat ‘green light’. Perasaan saya sungguh bercampur-baur ketika ini. Perasaan gembira kerana dapat memberi khidmat dengan lebih meluas lagi, dan perasaan bimbang kerana khuatir kudrat tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini di kala keadaan diri yang tidak begitu stabil dan seperdua perkara yang tiba-tiba datang menerjah kedalam perancangan asal yang seperti tidak dapat dielakkan.

Dengan kepercayaan yang diberikan ini, insyallah mulai dari minggu ini saya akan berada di Hospital Putrajaya khususnya di Wad 2A & 2B, pada setiap jumaat mulai pukul 8 pagi. Cuma minggu ini saya akan bermula pada hari khamis, memandangkan hari Jumaat ni adalah cuti umum. ‘Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diri ini dan permudahkan segala urusanku’

Pada sesiapa yang nak ketemu saya sambil borak-borak mengenai susu ibu, boleh la datang ke Hospital Putrajaya tapi kena lah hola-hola saya dahulu yer!πŸ™‚

Saya: Sekarang ni tengah sindrom tak larat nak update blog selalu akibat ‘buatan-orang’, hehe. Macam-macam nak cerita, namun selepas dah mengarang separuh, terus delete sebab rasa macam tak best nak cerita, boring dah nak cerita, tak tahu nak sambung cerita apa dah, macam-macam lah perasaan ni. Ker saya kena make-over blog ni?…hua hua!

7 thoughts on “Sangkutan di Hospital Putrajaya

  1. mummyzara says:

    Salam yatie..terasa ingin bersama2 yati dalam memberi bantuan dan sokongan ibu ke ibu yg baru melahirkan.Memandangkan sy yg juga bekerja di ibu pejabat KKM dan berdekatan dgn hospital putrajaya dan pernah pula melahirkan anak disana terasa ingin turut serta menimba pengalaman..

  2. Hayatie says:

    Wanie: No problemo, cuma klu di Hospital ada beberapa kriteria juga perlu dipatuhi. Nanti calling2 acik yerπŸ™‚ Turun ke Booth MbfPC di UIA sabtu ni?πŸ˜‰

  3. izzah says:

    kak yatie:bila nak jumpa lagi..?tahun depan masing2 bawa anak la pulak ye…take care…dan semoga semua berjalan lancar..aci tak kalau kongsikan surat dan kertas kerja tu..sbb MBFPC kat utara ni sdg merangka rancangan yang sama utk tahun depan..mau buat besar2an biar susu ibu jadi 1st prioraty kat penang…hehehe

  4. Hayatie says:

    Izzah: surat tu tu ada akak fowardkan pada kak shida sekali. Berkenaan dgn kertas-kerja tu, tu bukan lah yang rasmi punya, sekadar lampiran bergambar sepanjang aktiviti akak sahaja.πŸ™‚ Semua penerangan dan niat telah di suarakan kedalam surat itu.

  5. mummy-aulia' says:

    salam kak yatie..semoga kuat & sihat menghadapi cabaran pregnant kali ni.. =)sy pn sama cam mummyzara..tringin nak join jgk.rumah & ofis mmg dekat je dgn hosp.putrajaya tuh.tp skrg ni xleh la..nk kne pi kursus plak..huhuu..(btw, komen akak kat fb sy tu smpai skrg msh blm dpt ditranslate ke bahasa melayu..hehehh)

  6. saYA pun duk pjaya..bolehlah kesana kalau ada kemuskilann ttg susu ibu…

  7. handout says:

    terima kasih banyak sudah berbagi,.moga sukses selalu.jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi.. click this

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: