Susuibu.com International Lactation Conference 2010

Nak update cerita di sepanjang conference Susuibu.com yang saya hadiri ni pun terkial-kial, huhu. Seronok sangat berpeluang untuk menghadiri conference seperti ini. Berjumpa dengan kawan-kawan yang lama dan juga baru sambil mendengar ilmu yang disampai oleh pakar-pakar laktasi antarabangsa seperti Dr. Jack Newmann, Diana West dan juga Sue Cox.

Jumlah kedatangan peserta di SILC 2010 pada hari pertama.

Salah satu slot semasa conference iaitu forum, wakil dari Asia Tenggara yang menceritakan senario semasa mengenai penyusuan ibu didalam negara masing-masing. Wakil-wakil yang mengambil bahagian terdiri daripada Heidi Lam, LLLI Leader Hong Kong, Meena Sobsama, wakil daripada Childbirth & Breastfeeding Foundataion of Thailand (CBFT), Mia Sutanto dari Assosiasi Ibu Menyusu Indonesia (AIMI) dan wakil dari Malaysia, iaitu Puan Rita Rahayu.

Bersama peserta dari Thailand, Meena Sobsamai, wakil daripada Childbirth & Breastfeeding Foundation of thailand

Sementara menunggu sesi workshop pada hari kedua bermula.

Sempat lagi ni. Ape-ape aje!

Melayan blues sewaktu conference bermula dipagi hari, mabukk! Sebab baru lepas turun dari kereta. Ini dinamakan sindrom mabuk naik kereta sebagai penumpang. Apakah?

Namun keadaan saya lebih bertenaga apabila ke petang.

Waktu rehat semasa tengahari dan minum petang. Memang havoc bila geng-geng ini berkumpul.

Release tension kat tepi kolam ikan koi ni sat sebelum pulang.

Ini pula semasa ‘book-signing ceremony’. Semua berbaris nak mendapatkan otogerap celebriti-celebriti ni.

Alhamdulillah, dapat menambah lagi koleksi buku penyusuan walaupun tak pasti bila nak bacanya, huhu
Ade juga motif beli buku sebab nak dapatkan sign, haha! Apekah lagi!ish ish.. Takpelah, untuk kenang-kenangan kan. Tak pasti lagi bila dapat jumpa mereka-mereka ini.

Menghadiri conference antarabangsa seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya. Mengetahui pelbagai cerita penyusuan daripada peserta pelbagai negara. Seronok, dan jika ada rezeki saya lagi untuk menyertai program-program seperti ini, pasti tidak akan lepaskan peluang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: