Dikala kelemauan melanda..

Wow, bersawang blog saya ni. Lama betul saya tak update (eleh, macam lah sebelum ni update hari-hari pun, hihi!) Asal bukak blog mabuk, ahakks! Alasan je tuh, kah kah! Tah kenapa sejak dari bulan puasa saya dah mula lemau dah update entri, atau mungkin kerana dah tutup buku pumping sejak dari bulan itu. Arghh macam-macam lah alasan. Tengok, shoutbox saya pun dah expired, tak gi bayar-bayar lagi, ngeh-ngeh!

Namun, disebalik kelemauan saya diblog, berlaku sebaliknya pula di Facebook sebab saya telah mula giat kembali ‘bercucuk-tanam’ yang telah lama terhenti dulu. Kalau dulu, saya lah orang yang paling sibuk (cheh perasan kunun) dengan aktiviti BF sana-sini, penuh kat wall update aktviti sana-sini. Tapi kini wall FB dipenuhi dengan game sahaja, muahaha!

Keadaan tidak berapa mengizinkan saya untuk lasak buat seketika ini. Ditambah, kepala yang asyik pusing sahaja hampir tiap-tiap hari, adakah itu sudah dikira fasa mabuk? huhu!

Khamis hari itu, adalah check-up pertama saya di HUKM. Sebelum itu, saya sudah mendaftarkan 2 sesi temujanji (hover betul) satu di bawah, dan satu lagi di Specialist Tingkat 7. Tak tahulah kenapa saya daftar kedua2nya, mungkin kerana mahukan rawatan yang terbaik untuk kehamilan kali ini. Namun check-up dengan specialist itu telah ditunda pada hari isnin ini.

Jadi, saya pergi dahulu check-up yang biasa pada hari khamis yang lalu. Biasalah, sesi temujanji pukul 10am, sampai pukul 9.30am, selesai pukul 1.30pm. Rutin check-up terlebih dahulu, urine, BP, Scan. Dan Kemudian tiba lah ke part yang paling saya tunggu-tunggu iaitu cervical length Scan (Transvaginal Ultrasound)untuk mengukur rahim samada telah pendek atau tidak selepas surgeri di pangkal rahim yang saya buat pada awal tahun lepas. Alhamdulillah, ukuran rahim saya adalah 3.8 cm, masih lagi dalam kategori normal cervical length. Menurut awek (heheMenunjukkan jumlah bahagian yang dibuang semasa surgeri dulu adalah tidak banyak. Owh pening saya gugel range untuk normal cervical length semasa kehamilan.

Aduh, rasa naik tebal dah muka sebab asyik ‘terkang&*&@! je selama beberapa tahun ini. Dengan pap smear, colposcopy, ‘scan bawah’ tu belum campur time nak beranak lagi. Tapi nak buat cemana, kalau dah penyakit di situ.

Hasil daripada check-up pertama ini, saya perlu repeat check-up selang 2 minggu untuk awal-awal kehamilan ini, dan setiap kali mereka asses semula cervical length itu buat ‘scan bawah’ lagi untuk sebarang perubahan pada rahim tersebut untuk cervical opening (funneling).

Wah, macam2 terma dah. Mula-mula memang blur nak faham. Mujur ada pak gugel! Kandungan kini sudah berusia 12 minggu, masih baru! Kerisauan tetap ada dengan pelbagai sejarah kehamilan yang lepas-lepas. Mudah-mudahan kali ini dipermudahkanNya seperti yang lepas.

Oh, saya masih ada lagi temujanji lagi dengan pakar pada hari isnin ini. Kedua-duanya saya buat, dan lihat yang mana satu lebih baik untuk saya dan teruskan dengan satu itu seterusnya. Mujur satu hospital yang sama, tak susah nak alih-alih file keluar, yeke? Cuma yang susahnya kerja mereka sebab dapat patient macam saya, ngeee!

6 thoughts on “Dikala kelemauan melanda..

  1. owh… dah hamil utkke dua, ye… alhamdulillah…. congrats!!!!!!! n take care…šŸ™‚

  2. izzahazfar says:

    jangan lasak sgt ehh….kangkang byk takpe..janji sihat..tp tak terbayang g camner scan dari bawah..huhuhutake care kak

  3. fizanur says:

    singgah sini. kagum dgn exclusif pumping mother cam awk

  4. venusfreedom says:

    salam..nak tanya..haritu saya ade bace kak yati punye entry pasal pump keluar darah..smalam saya pon sama..selama ni sy pump ok je..tapi smalam saya perasan ade darah..takut nye!!kak yati buat ape bile notice ada darah?sy direct feed bile baby dgn saya dan pump bile kerja:)

  5. Hayatie says:

    fizanur: thanks!venusfreedom: nipple sy jd sensitif sbb pregnant. tu yg berdarah. Other than that, mesti sebab suction pump terlalu kuat. Kdg3 kita tak rasa sakit wlpn berdarah tu. Cuba slow suction wat sementara waktu..

  6. suraiya said says:

    salam yati,lama tak berkesempatan membaca blog yati,rupa2nya bakal ada yang kedua. Congratulation to yati, toman and azri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: