down to 4 pumps & weaning

Kali ni saya terpaksa bersiaran menggunakan hp je. Oh sungguh terseksa acik nk menaip entri ini di hp,haha. Mahapler kalau entri ini menjadi satu perenggan yang panjang, saya dah cuba composenya perenggan demi perenggan tapi tak pastilah ianya ikut setelah di publish,huhu! Laptop sy masuk ‘wad’ hampir 2 minggu sebab masalah skrin & sedang menunggu sparepart. Mujur ada warranty lagi. Bila tiada laptop, time tu la macam2 nak cerita,tp bila dah depan laptop otak terus beku tak tahu nak kata apa. Sebenarnya, saya sahaja nak update kisah EP saya yang saya rasa hampir sampai ke penghujungnya. Seperti juga status yang saya update di FB. Saya kini sudah mengurangkan sesi perahan sekitar 4x sahaja dengan purata perahan hanya sekitar 0.5oz hingga ke 1oz sahaja sehari. Selepas kejadian sesi perahan berdarah yang sy alami beberapa hari lepas buat pertama kalinya setelah 1 tahun 10 bulan saya memerah tegar, saya mula mengurangkan sesi perahan saya. Sebelum insiden itu, puting sudah mulai rasa pedih beberapa hari sebelum tu. Mungkin sudah tiba masa untuk saya wean dari pump. Tidak lama lagi, saya bercadang untuk menggugurkan sesi perahan pada siangnya. Dulu saya sentiasa fikir yang saya akan meneruskan selagi masih ada, namun kini,badan telah pun memberi kata putusnya sendiri. Saya akur. Alhamdulilah, saya bersyukur kerana sampai ke tahap ini walaupun tidak ‘sempurna’ penyusuan ini kerana saya hanya memerah. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada anak saya untuk menikmati khasiat susuibu selama ini. Satu pengalaman yang memberi saya kekuatan untuk menempuh perjalanan baru kelak,insyallah jika ada rezeki! Esok 2 September adalah ulangtahun perkahwin kami yang ke-4. Tak sabar nak tunggu encik suami pùlang minggu hadapanJ dan berkongsi hadiah anniversary kami,ngee! Saya suka bulan september kerana bulan ini adalah bulan perayaan berganda bagi saya. ^_^MY

7 thoughts on “down to 4 pumps & weaning

  1. adakah hadiah tu 'apakah'..eiii ahkak lak tak sabauuuu

  2. amirah says:

    perahan berdarah?ngeee..takotnya.hihi

  3. diLa says:

    perahan berdarah = adekah azzuri bakal mendapat azzurina?? jeng jeng jeng!!!

  4. izzahazfar says:

    ramai yg mendoakan azurina ni kak…heheheapapun tahniah ya!setahun 10 bulan bukan satu yg mudah utk org2 macam kita…

  5. Afne says:

    happy 4th anniversary😉.sifu, afne nk tanya la.. hospital bt pahat mmg tak provide electrical bp ker? masa arwah adik tenat kt hospital afne sedaya upaya cari electic bp sbb kesiankan anak dia yg sehari semalam tak dpt susu (selain afne yg susukan). masa tu breast dia pn dh bengkak penuh susu. minta bp ngan hospital katanya mmg takde bp sbb hospital ni galakkan penyusuan susu ibu. tp afne rasa dlm keadaan kritikal mcm ni la epectric bp sgt2 diperlukan. afne pamkan juga dgn manual bp tp asik mengalir keluar corong sbb arwah adik dlm keadaan berbaring.

  6. Hayatie says:

    nurul: haihh kome ni tak habis2 lagi 'apakah'nya itu..hahha!amirah: hehe, bunyinye lebih, darahnya sikit je..haha tp jadi sirap bandung la gak..hahadila: jeng jeng jeng juga, hehe!Afne: Tq, pasal BP kat hosp bt pahat tu, sy tak sure la plak, sbb memang tak pernah masuk hosp kat situ. Dulu segala check up n bersalin kat sini je, HUKM. Tp kesian juga, mungkin kebetulan hosp tu takda BP ke hape, tahleh. Simpati pada arwah adik tu, erkk nape dia meninggal yer?

  7. Afne says:

    yati, dia accident, koma & meninggal sehari slps tu 05/08/10. afne kesiankan anaknya yg baru je 5 bln lbh & msh menyusu bdn. masa tu afne tlg susukan 2-3 kali sblm family ayahnya trs amik jaga dia. baby neesa mmg anak susuan afne tp family sana seolah2 halang afne utk trs bf baby neesa sbb takut ketagih. afne kesian sgt.. trs menerus diorg nk stopkan susu bdn. Allah Maha Besar, afne percaya semua yg berlaku ada hikmahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: