Sepanjang aktiviti pameran penyusuan diluar

Sejak saya terlibat untuk projek Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ini, saya telah kerap membuat pameran mahupun kaunseling Penyusuan Ibu diluar-luar. Alhamdulillah, MBfPC telah memberi banyak peluang kepada saya untuk menawarkan khidmat kepada masyarat dan secara tidak langsung mengasah kemahiran kaunseling saya.
Di sepanjang saya mengendalikan program kempen penyusuan susu ibu ini, diantara masalah-masalah penyusuan yang saya dengar dari para pengunjung, diantara yang paling favourite adalah “susu kering setelah bayi berusia 3-4 bulan”, “Sudah dicampur dengan susu formula semasa dalam pantang lagi, kemudian susu makin kurang” pendek kata ramai lah yang mengalami kekurangan susu setelah mula bekerja.

Bukan ibu-ibu yang bekerja sahaja, malah ada juga dua tiga orang surirumah yang hanya dapat menyusukan anak mereka selama 2-3 bulan sahaja, kerana kebanyakanya sudah mencampurkan susu sejak dari dalam pantang lagi.

Kebanyakan mereka tidak tahu rutin memerah yang sebetul-betulnya semasa keluar bekerja. Secara majoritinya hanya memerah kita payudara sudah betul-betul penuh dan bengkak. Dan konsep ini belarutan sehinggalah susu mereka mulai kurang sedikit demi sedikit dan bengkak payudara itu tidak lagi dirasakan.


Risalah-risalah yang terdapat dan digunakan sepanjang aktiviti pameran penyusuan MBfPC.

Sebagai contoh, apabila menerangkan kepada ibu tentang rutin pemerahan yang di syorkan sewaktu dipejabat, kita lampirkan sekali, risalah-risalah yang menguatkan lagi fakta yang kita terangkan. Jika mengikut waktu yang diterangkan, rutin pemerahan sekurang-kurang 3 kali dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Namun saya lebih suka mengambil maksimum 2 hingga ke 2 1/2 jam sela masa untuk memerah.


Begitu juga dengan persoalan-persoalan mengenai isu kekurangan susu, susu mulai kering dan pelbagai lagi isu mengenai pengeluaran susu. Mungkin kita boleh menekankan kembali konsep asas penyusuan itu sendiri iaitu permintaan dan pengeluaran. Lagi kerap kita mengeluarkan susu sama ada dengan kekerapan menyusukan bayi atau melakukan sesi pemerahan yang konsisten ketika tidak bersama bayi sekurang-kurangnya kita dapat meneruskan penyusuan itu untuk tempoh yang lebih lama. Banyak lagi bahan-bahan yang boleh kita gunakan dalam untuk membantu proses kaunseling itu menjadi lebih mudah.

Dan salah satu info yang paling dikehendaki dan digemari oleh pengunjung adalah mengenai isu penyimpanan dan pengendalian EBM. Ramai diantara mereka masih samar-samar maklumat yang diperolehi mengenai penyimpanan dan pengendalian EBM ini. Ada yang mendapat informasi yang salah juga.

Risalah-risalah mengenai penyusuanyang diberikan secara percuma daripada Unit Pendidikan Hospital (bergantung kepada hospital itu sendiri )

Selalunya, ketika kaunseling saya lebih suka menerangkan bersama-sama risalah & poster yang ada didepan mata (dengan syarat, kita seharusnya terlebih dahulu membaca risalah2 & poster2 yang dipamerkan) barulah kita tahu yang mana satu poster & risalah yang harus ditunjukkan. Konsep menerang sambil membacakan sekali apa yang tertulis didalam risalah & poster, adalah salah satu cara yang lebih efektif daripada bercerita dari A hingga Z didepan ibu tersebut dan diakhirnya barulah hendak disisipkan segala risalah yang ada.

Di antara teknik kaunseling yang saya kira paling berkesan adalah dengan membawa pengunjung ke depan poster-poster yang dipamerkan ini, dan mula menerangkan kepadanya dan tujukan poster yang berkaitan sebagai bukti untuk menyokong kenyataa kita.

Diantara kebaikan bahan-bahan pameran yang ada ini, sedikit sebanyak membantu memudahkan proses penerangan kita. Dan kemungkinan fakta-fakta yang boleh diserap oleh pengunjung pada ketika lebih tinggi. Berbanding jika kita bercakap secara terus-menerus sehingga penghabisan. Mungkin dalam kepala si ibu itu tadi sudah kemana-mana.

Inilah sedikit sebanyak tip-tip yang saya boleh kongsikan khususnya kepada PC-PC MBfPC. Saya juga masih banyak yang perlu saya belajar. Dan saya rasa bersyukur kerana MBfPC telah memberi saya banyak peluang untuk pergi lebih dekat lagi kedalam komuniti selain daripada aktiviti KSPSI Hospital Serdang saya🙂

Insyallah, saya juga dalam proses untuk merangka pelbagai lagi program aktiviti untuk MBfPC (Jika mendapat kelulusan dari pengarah projek ler, hehe). Supaya dapat memberi peluang lebih ramai PC-PC lagi untuk berkhidmat didalam komuniti sekaligus mempromosikan kewujudan pembimbing MBfPC ini kedalam masyarakat kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: