Puasa & EBM

Jarang saya dapat meng-update perihal waktu pumping & EBM saya. Usia anak saya pun sudah masuk 1 tahun 10 bulan pada 23hb ini, alhamdulillah! Waktu yang saya kira, saya sudah boleh untuk ‘bersenang-lenang’ dalam jadual pemerahan. Tidak seperti dahulu lagi, minimum 8x siang & malam. Kini sesi memerah saya drop sehingga 5-6x sahaja sehari. Jumlah hasil perahan pun sekitar 10oz-15 oz sahaja satu hari. Setiap sesi hanya sekitar 2-3 oz sahaja. Risau? Tidak..

Hasil perahan petang ini semasa berpuasa!🙂

Kerana pada usia anak mencecah ke-2 tahun, ajarilah ia untuk menikmati pelbagai makanan orang dewasa🙂 Saya akui bukan mudah untuk melatih anak untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang kita makan sehari-sehari. Adakalanya juga yang dia tidak mahu langsung menjamah makanan yang ada. Kadang-kala belarutan hingga hari ke-2. Didalam waktu itu, lebih banyak buang dari yang dimakan. Timbul juga waktu-waktu fedup, frust & letih! Namun disitulah terletak cabaran dalam proses keibubapaan kita.

Propaganda media telah memberi pengaruh kepada perspektif masyarakat mengenai kepentingan susu formula untuk langkah yang seterus-seterusnya (Growing Up Milk) perlu menjadi keutamaan. Susu pelengkap sebagai penyelesaian kepada masalah anak cerewet makan dan macam-macam lagi terus menjadi pilihan & jalan mudah. Tidak dinafikan sedikit waktu dahulu, saya juga berfikiran sebegitu.

Stok EBM saya yang kini hanya menjadi pelengkap dalam diet seharian anak saya. Saya cuba untuk melatihnya supaya tidak bergantung dengan susu sahaja pada setiap masa. Mencukupi dengan segelas susu segar untuk keperluan kalsium setiap hari kerana kalsium boleh juga didapati daripada pelbagai sumber yang lain!

Selamat menjalani ibadah puasa!

3 thoughts on “Puasa & EBM

  1. eT says:

    apa pandangan akak kalo kite pregnant…tp cane nk pump susu?ok ker?

  2. Hayatie says:

    eT: kebanyakan ibu mengalami puting sensitif semasa mengandung, kerana itu ramai yang stop pumping. Menyusu/memerah diawal-awal kehamilan tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif. Namun apa-apa pun dapat nasihat doktor yang pro-BF terlebih dahulu yer!🙂

  3. ida says:

    salam sy pembaca senyap2 ur blog :)nak tnya lh,anak sy skrg dah 20 bulan n fully bf,skrg ni susu sy makin skit,ditmbh dgn sy dh kurang efisyen mengepam :(sy jenuh mengajar ank sy minum fresh milk,dia xsuke then trus muntah even satu sudu kecil je..sy buntu gak nk bg dia apa utk sumber kalsium,nk harap pd food ie cheese,tofu etc kdg2 xleh nk provide sume tu stp hari,ada cdgn x?sy tetap nk usahakn fresh milk,tp masih xnmpk jalan,TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: