Talk@KPJ Kajang & WBW@K.K,I.A Koperasi Polis

Sepanjang minggu saya menghadiri sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (WBW), sampai ilang suara, sakit tekat, batuk, huhu! Namun saya gigih juga mengharunginya satu demi satu kerana saya tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama didalam semua aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Bermula dari program MBfPC & Sambutan Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang, kemudian berkampung di KPJ Kajang Specialist Hospital untuk sesi kaunseling bersama ibu-ibu disana, kemudian ke sambutan WBW oleh MOH bersama Datuk Rosnah di Rumah Anak Yatim Nur Hikmah pada malam 3 Ogos. Selepas itu, lari sebentar ke Hospital Serdang pada 5hb untuk program sambutan disana pula. Berakhir sudah program saya untuk minggu penyusuan pada 7hb di KPJ Kajang semula dimana saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah penyusuan yang pada mulanya diberi slot selama 1/2 jam namun berakhir hampir satu jam! Terhover sat.

Sesi ceramah penyusuan saya yang bertajuk ‘Penyusuan Susu Ibu: Sihat, Mudah & Praktikal’. Saya sisipkan klip video ‘Breast Crawl’ diakhir ceramah untuk mengambarkan kepada hadirin betapa penting untuk memulakan penyusuan didalam setengah jam yang pertama yang mana ianya termasuk juga dalam 10 langkah kearah kejayaan Penyusuan Susu Ibu, Tema WBW pada tahun. Abaikan muka acik yang terhover ini, hehe!

Saya jangka sudah habis segala aktiviti, namun mendapat jemputan sambutan WBW dari Klinik Ibu & Anak Koperasi Polis (DBKL) di Batu Caves pula. Sambutan untuk pertama kali bagi Klinik yang tidak dirancang pada awalnya oleh warga klinik. Perancangan bermula setelah mendapat taklimat & arahan dari Jabatan Kesihatan Negeri WP mengenai sambutan WBW untuk seluruh klinik Kesihatan Ibu & Anak (K.K.I.A) di kawasan Wilayah Persekutuan KL pada 9 Ogos. Dan pertama kali bagi KKIA menglibatkan kerjsama NGO kedalam program mereka.


Dan saya diminta untuk memberi ceramah ‘ad-hoc’ mengenai Penyusuan Susu Ibu lagi, tak diberitahu sebelumnya pun. Tidak dapat menggunakan slide yang saya gunakan di KPJ tempohari kerana stuck dalam lappy yang baru sahaja kong,! Mujur ada flip chart mengenai penyusuan di Klinik ini. Tinggal ‘goreng’ je lah! Cuma keburukan menggunakan flip chart ini adalah ianya tidak sesuai untuk kumpulan yang besar! kerana yang jauh mungkin agak sukar untuk membaca apa yang tertulis. Namun oklah berbanding tiada apa yang boleh dipandang selain muka acik yang comey ni, kang buring plak, hihi!

Ibu-ibu yang hadir pada sesi ceramah ini juga adalah ibu-ibu yang datang untuk sesi pemeriksaan bagi ibu megandung dan juga mengambil suntikan untuk anak-anak. Jadi, mana yang datang check-up pada pagi itu semuanya ‘ditarik’ untuk mendengar ceramah penyusuan, aci tak haha!

Saya subkan juga juga slot kepada Puan Herni yang singgah sebentar dari ofisnya yang berhampiran klinik je untuk menjenguk saya, yang bercerita pula mengenai posisi penyusuan dan juga teknik marmet, toceh!. Sebab tekak gatal asyik nak batuk je dari tadi tapi ku tahan jebat, huhu!

Meja untuk sesi kaunseling saya & pameran poster penyusuan dibelakang. Ingat nak balik sejurus habis ceramah, dalam tengahari. Tapi melaut hingga ke pukul 4pm dengan sesi kaunseling, sampai dah tutup juga waktu lawatan klinik pada pukul 4pm.
Bergambar dengan Sister Zalielawati yang baik hati melayan saya tidak henti-henti. Sangat friendly, macam-macam yang hendak disediakan sampai saya nak malu!

Bergambar dengan Matron Noraini yang hadir melawat program yang dijalankan. Klinik disini adalah diantara 6 klinik disekitar Wilayah Perseketuan yang dibawah penyeliaan beliau.

Dan dengan semua staf nurse KKIA Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. Terima kasih diatas layanan yang diberikan, isnyallah jika ada rezeki kita berjumpa lagi




Risalah dari JKN Wilayah Persekutuan bersempena dengan sambutan WBW 2010. Cantik, menarik & tertarik!

Terima kasih kepada yang memberi saya peluang sepanjang minggu ini, sangat2 menghargainya🙂 Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan PC & non-pc yang terlibat secara langsung & tidak langsung bersempena acara sambutan WBW sepanjang minggu ini. Banyak yang saya pelajari dan praktiskan sepanjang minggu ini. Harap dapat lagi peluang-peluang sebegini dimasa-masa hadapan.

Lusa, Ramadhan menjelang tiba. Masa untuk mengambil ‘cuti’ panjang untuk diri sendiri, yehaa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: