Sepanjang Prog. MBfPC & Sambutan Hari Susu Ibu

Gigih saya mengumpul gambar satu demi satu dari FB kawan-kawan. Setia saya menunggu mereka mengupload koleksi gambar-gambar yang mereka ada sepanjang program 3-hari tersebut. Tapi masih ada lagi gambar-gambar tertentu yang masih belum ditemui, hehe!. Sementara mood masih panas lagi, so saya proceed je lah dengan laporan tidak rasmi saya sepanjang hari kejadian. Nanti lemau sudah!
Laporan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di khemah MBfPC telah pun saya ceritakan pada hari pertama haritu. Kali ni saya update pula diantara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang sambutan Hari Susu Ibu pada 1 Ogos yang lalu di Fiesta Kajang.

Seperti biasa, acara dimulakan dengan ucaptama dari Puan Kamariah dan juga Puan Rita dan diikuti pula dengan ucapan perasmian daripada Ustazah Asni Abu Mansur Al-Hafizah.

Dan seterusnya beliau merasmikan Sambutan Hari Susu Ibu pada hari itu.

Kemudian program berhenti selama 15 minit bagi menjamu jemputan-jemputan khas dan juga para tetamu yang lain sebelum acara-acara yang seterusnya dimulakan.

Selepas berhenti seketika untuk menjamu selera, program seterusnya dimulakan dengan acara penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya dan Anugerah-anugerah khas.

Diantara gambar-gambar bagi kategori Anugerah Emas. Kriteria bagi anugerah ini adalah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka secara esklusif untuk 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan penuh sehingga ke dua tahun. Gambar-gambar diatas hanya sebahagian sahaja penerima Anugerah Emas, ada ramai lagi. Tapi saya tak ambil semua, ini pun cilok dari FB kengkawan, hihi!

Yang ini pula adalah kategori Anugerah Khas dimana bagi Anugerah Khas Juri terdapat 2 penerima iaitu Puan Kartini dan juga Puan Azlin. Kategori ini dipilih berdasarkan kisah pengalama suka-duka didalam penyusuan yang boleh memberi iktibar kepada ibu-ibu yang lain.

Bagi kategori Anugerah Khas kedua pula adalah kepada Encik Ajwad diatas semangat beliau ke arah menyokong penyusuan susu ibu sehingga bergelar Peer Counselor Lelaki pertama dalam Penyusuan Ibu. Beliau juga sering terlibat didalam pelbagai program-program MBfPC mahupun SGM di Susuibu.com.

Kemudian acara diteruskan pula dengan pertunjukan demonstrasi mengendong bayi daripada wakil Malaysianbabywearers. Pelbagai jenis fesyen gendongan bayi yang diperagakan berserta dengan demonstrasi bagaimana untuk menyusukan bayi didalam sebarang fesyen gendongan.

Seterusnya, acara fesyen Pakaian Ibu Menyusu pula. Macam-macam jenis pakaian diperagakan oleh model-model ‘sebenar’ ibu-ibu yang menyusu ni. Memang semua-semuanya vogeh2, slim, melentikss..ahakss! Siapa kata ibu-ibu menyusu ni tak trendy, hihi! Ada jenis yang nak bersantai, nak ke pejabat, nak ke kenduri nak bershopping bagai, semua jenis ada! Macam-macam ada!

Setiap model kena demo lagi tentang bukaan-bukaan tang mana yang memudahkan penyusuan. Tapi jangan risau, tiada aksi-aksi sensored disini. Masing-masing dah standby dengan t-shirt didalam untuk memudahkan mereka menunjukkan tempat-tempat, zip2 yang boleh dibuka.

Yang ni pula adalah fesyen pakaian sukan khas untuk ibu menyusu. Huh, pakaian sukan pun dah boleh dibuat khas untuk menyusu.


Fesyen baku kurung menyusu pula.

Itulah serba sedikit laporan acara-acara yang berlaku dipentas utama Fiesta Kajang senpanjang sambutan Hari Susu Ibu tersebut. Dan sedikit gambar-gambar dikhemah MBfPC. Saya tak dapat nak snap gambar banyak-banyak, ini pun diciloks dari koleksi kawan-kawan.

Tekun mendengar arahan boss, hehe!

Sesi kaunseling dengan para pengunjung ke booth daripada semua PC yang bertugas. Warghhh, gambo acik takda, takpa nanti acik selit je lagi, hihi. Ada banyak lagi gambar-gambar kaunseling dari PC-PC yang datang bertugas, semuanya diberi peluang untuk mempraktiskan skill yang dipelajari.

Dua doktor yang berjiwa besar, sanggup datang dari jauh. Kak Nadrah yang datang dari Perak start berkampung sejak hari khamis lagi. Kak Ning pun turut singgah dari Klang walaupun ada masa 1 jam sahaja untuk menjengah ke booth MBfPC. Terima kasih!
Sesi interview dari TV3 yang dijemput khas untuk program MBfPC. Interview kepada para pengunjung ke booth MBfPC dan juga para PC MBfPC. Acik tak interview pasal dah takda suara dah, huhu!


Sesi bergambar dengan Ustazah Asni dengan semua PC yang hadir.


Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirancang. Saya juga nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlebih secara langsung dan tidak langsung. Terlalu ramai jika saya nak sebutkan satu-satu. Dan tak lupa juga kepada para penaja hadiah, aktiviti dan sebagai untuk memeriahkan program MBfPC dan sambutan Hari Susu Ibu ini. Terima kasih Daun Keladi, Jangan Serik Lagi!🙂







One thought on “Sepanjang Prog. MBfPC & Sambutan Hari Susu Ibu

  1. takleh belah stement mu tang vogeh n melentiks tu heheh..apapun ngam2 baju tu muat ngn model bagus tul takyah nk klip2 or jahit sana sini..suke tgk..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: