Berakhir sudah Program MBfPC di Fiesta Kajang

Akhirnya, selesai sudah program MBfPC di Fiesta Kajang yang berlangsung. Walaupun letih belum lagi hilang, tapi sangat excited untuk berkongsi cerita sepanjang program ini berlangsung. Cuma tak banyak koleksi gambar yang dapat saya kumpulkan kerana memang tidak berkesempatan nak snap gambar sana-sini.

So nak cerita panjang-panjang lagi mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang program ini berlangsung, kenalah tunggu rakan-rakan PC yang lain upload gambar ke FB dulu. Kot-kot lah ada gambar acik yang terselit-selit kat mana-mana, huhu!

Bergambar dahulu dengan tetamu khas yang dijemput untuk merasmikan Sambutan Hari Susu Ibu pada kali ini iaitu Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah.

Insyallah, akan saya update lagi cerita-cerita berserta gambar-gambar yang diciloks. Sebenarnya selesai sahaja program ni, suara acik pun terus ‘selesai’ sekali, huhu! ala-ala rock dah ni, yeyehhh!

Balik-balik rumah je terus melayan Azri. Kesian pula kat dia yang ‘terabai’ selama 3-hari ni. Hari-hari merengek nak ikut tapi kena tinggal juga. Bila balik rumah dia dah tunggu depan pintu dengan mata yang dah mengantuk, tapi tak boleh tidur sebab dah biasa tidur dengan ibunya sekali.


Menu feveret, nasi goreng! Tapi tak sempat nak prepare, huhu!
Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang bermula dari hari ini, 1 Ogos hinggalah 7 Ogos 2010. Dengan tema kali ini ‘Penyusuan Ibu: Hanya 10 Langkah Menurut Cara Mesra Bayi’. Yang pasti, program acik pack sepanjang minggu ( eh ceh ceh, perasan) tak pastilah suara ni sempat ke tak recover, huhu! Kalau tak acik kena mintak MC ni, apekah?haha!

3 thoughts on “Berakhir sudah Program MBfPC di Fiesta Kajang

  1. Ely Hasrul says:

    congrats tha.. more update pls..

  2. amni says:

    hai kak yatie… selamat berkenalan… saya ada gi booth ari ahad lepas. hok pakai spek n tudung labuh tu? ingat dak? hihi… x ingatb xpe, saya tau akak bz… thanx buat MBfPC, saya dapat brochure tu byk2 n saya soh suami saya promote kat cikgu2 skolah dia. silap2 my hubby leh jd PC jugak utk kaum suami. hehegud luck u olsss

  3. Hayatie says:

    Ely: Insyallah, next klu ada jgn tak join tau..Amni: ingat2..terima kasih kerana datang yer🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: