Laporan SGM-6 Susuibu.com



Alhamdulillah, SGM yang ke 6 kali ini berlangsung dengan jaya. Tidak sangka kehadiran kali ini lebih dari yang dijangka sehingga tidak cukup tikar! Topik pada kali ini adalah ‘Coping with Breastfeeding During Ramadhan’. Ramai juga ahli-ahli baru yang menyertai SGM pada kali ini. Dan tidak kurang juga ibu-ibu yang pertama kali akan menyambut Ramadhan dan sedang menyusukan anak.

Macam-macam tips dan pengalaman yang dikongsikan oleh ibu-ibu untuk menghadapi Ramadhan ini. Diantara yang paling tops adalah makan kurma, buat jus kurma, kurma blended. Kalau saya, paling suka buat cucur kurma. Konfom lagi banyak saya makan berbanding kalau makan kurma tu sahaja, huhu!

Smile! Semuanya berwarna pink cuma saya sahaja dengan tema warna wajib saya iaitu hitam, ngeh! Sebab saya tidak ada baju warna pink. Jumlah kehadiran kali ini adalah lebih dari 30 orang.
Kumpulan pertama yang dikendali oleh Puan Kamariah bersama dengan Zarina.

Kumpulan kedua pula dikendalikan oleh Hanidah dan saya. Tak cukup tikar ni, semua duduk rapat-rapat!

Kumpulan bapa-bapa dikendalikan oleh Puan Rita. Para bapa pun sudah ada aktiviti kumpulan sokongan penyusuan juga sekarang ini. Mudah-mudahan, mereka lebih terbuka dan memahami lagi selepas ini.
Kemudian sesi pembentangan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

Setelah selesai SGM, kesemua AJK2 dan PC2 yang terlibat untuk acara di Fiesta Kajang nanti bermesyuarat sekali lagi bagi membincangkan tugasan-tugasan dan syif-syif mereka untuk sepanjang 3 hari di Fiesta Kajang nanti!


2 thoughts on “Laporan SGM-6 Susuibu.com

  1. az says:

    minta izin ambil gmbr SGM dari blog yatie eh..tq.

  2. Yusrina says:

    Gambar terakhir!!!!Aku dok sibuk ngunyah..padahal tak buat apa pun!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: