Jalan2 @Langkawi lagi

Hujung minggu lepas saya ke Langkawi lagi. Trip Langkawi yang ke2 dalam masa lebih kurang 6 bulan. Kali terakhir saya ke Langkawi bulan 12 tahun lepas. Tapi masa tu, kami konvoi ramai-ramai, letih sungguh! Tak plan pun nak pergi Langkawi, plan seminggu je sebelum nak pergi tu selepas diajak oleh rakan encik suami. Tapi kali ini pergi sangat best sebabnya; 1. tak letih🙂 2. tak ramai orang, sebab bukan cuti sekolah. 3. Harga kebanyakkan jadi murah cth; sewa kereta, sewa hotel dan kebanyakkan harga barang-barang.

Kali ini saya dah plan untuk bawa satu luggage kecik je untuk kami sekeluarga untuk pergi. Ajaran dari pengalaman yang lepas-lepas!Hasilnya, balik saya bawa balik 2 beg lagi, jumlah 3 beg dah, kah kah! Lagipun beg-beg kat sana murah-murah je kan!

First time azri naik flight pula, excited dia tengok awan-awan tu..huhu! Lagi 3 bulan, kadar tambang untuk dia sudah sama seperti orang dewasa (Sambil tengah cari-cari pakej melancong ke dalam negeri yang menarik sebelum 23 Oktober nanti, ada idea tak? hihi)


Kali ni kami pergi ke Langkawi Wildlife Park, sebab tak pernah lagi. Biasalah, bila dah nampak ‘kain apron’ acik ni. Paham-paham aje lah, hihi! Harus masukkan gambar ini ke dalam koleksi gambar di entri ‘Disebalik kain‘ jugak ni, hihi!

Seronok pula kami memberi makanan-makanan kepada haiwan-haiwan disini. Selepas membeli tiket, kami ditawarkan untuk membeli sebungkus plastik yang berisi buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang yang berharga RM6 untuk diberi kepada haiwan-haiwan didalam nanti.

Yang Ostrich ni giler ngeri nak nak beri makan. Memang kebulur betul. Tak sempat nak letak makanan tu depa dah main catuk-catuk kat tangan, takut terkepit jari sekali kang plak, haha! Kata suami, tak cukup sebekas plastik ni kasi makan kat satu Wild Life park. Series semua macam kebulur. Tapi betul lah juga, mesti penjaga haiwan ni tak beri haiwan ni makan kenyang-kenyang dulu.

Kami konfius ni kancil ke anak kambing, haha! Lawak plak tengok analk-anak ‘Pak Arab’ ini yang berebut-rebut nak susukan anak kambing ini. Sian dia, sepatutnya dia dapat menyusu terus dari ibunya tetapi dipisahkan demi untuk memberi hiburan kepada manusia. RM2 dikenakan jika kita hendak memberi susu botol ini kepada anak kambing itu. Dan anak kambing itu menghisap dengan rakusnya, hihi!
Destinasi terakhir sebelum pulang ke Langkawi Cable Car. Tapi dua kali ke Langkawi, kedua-dua kalinya juga lah saya kempunan lagi nak naik cable car ni. Dapat tengok dari jauh dan ambil gambar sahaja lah. Kali ini saya tiba pukul 1pm. Kalau nak diikutkan perjalanan turun naik kereta kabel ini mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja.

Tetapi memandangkan pukul 2.30pm kami perlu berada diairport semula, pada pendapat adik yang jaga kaunter itu tidak menyarankan kami untuk menaiki sebabnya, kot-kot lah time tu ada ‘troubleshooting’ masa tengah-tengah jalan tu, ianya akan memakan masa lebih dari setengah jam, hoho! Kepunden acik lagi!

Tempat-tempat lain yang kami pergi adalah tempat yang sama juga seperti dulu seperti ke Beras Terbakar, Ke Underwater World Langkawi selain dari aktiviti-aktiviti mencukur-poket di Pekan Kuah, hihi!

Saya: Next time ke Langkawi, harus saya terjah Cabel car dulu, huhu!

One thought on “Jalan2 @Langkawi lagi

  1. salam..promosi baju raya dewasa & kanak di http://gengmama.blogspot.comjom…jangan ketinggalan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: