Disebalik kain…

Tiada alasan untuk ‘tiada masa untuk memerah’, ‘tempat kerja saya dikelilingi ramai lelaki’, ‘tiada tempat yang sesuai untuk saya memerah atau ‘jadual kerja saya sangat padat sehingga saya tidak sempat untuk memerah’. Dan seribu satu alasan lagi bagi mereka yang tidak mahu menjayakannya. Jika ada kemahuan, disitu ada jalan.

Begitulah juga apabila anda ingin menyusukan bayi ditempat awam. Malah anda seharusnya berbangga kerana perbuatan itu tidak menjadi suatu kepelikan pada masyarakat berbanding ‘memerah ditempat awam sambil memakai ‘kain apron’! Sanggupkah anda? Jadi buangkan rasa malu, payah, leceh untuk menyusu bayi anda ditempat-tempat awam kerana itulah yang paling mudah!

Begitu lah juga jika ingin menjayakan penyusuan sambil bekerja. Tidak menjadi halangan sebenarnya untuk kita memerah semasa bekerja, walaubagaimanapun situasi dan suasana perkerjaan anda. Bagi yang betul-betul bertekad sahaja yang akan mencari seribu satu alternatif untuk mengharungi kekangan yang ada demi untuk menjayakan penyusuan itu.

Gambar-gambar candid semasa sedang memerah yang saya kumpul dari FB, blog rakan-rakan. Gigih saya mengusung pam kesana kemari bersama kain ‘pumping cover‘ buatan sendiri, memerah apabila tiba masanya dengan berdispilin tidak kira didalam waktu apa kerana bagi saya memerah tegar ini, waktu memerah adalah priority saya walaupun kadang-kadang encik suami muncung-muncung🙂 Jika tidak saya tidak mungkin akan sampai ke tahap ini.

Sedang memerah sambil sesi temuramah di pameran MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia.

Sewaktu menghadiri Bengkel Code Of Ethics, International Baby Food Action Network (IBFAN)

Sewaktu mengendalikan sesi support group meeting (SGM) Ratu Hati di Frim.

Sewaktu mengendalikan sesi ceramah pemerahan dan pengendalian EBM di Kuantan.

Sebagai moderator di SGM Susuibu.com, Tasik Cempaka Bangi.

Dalam kereta sewa, percutian di Langkawi🙂

Sewaktu program latihan MBfPC di Melaka.

Gambar yang ini paling saya suka, kerana saya sedang memerah sambil mengendong azri di belakang semasa program latihan MBfPC di Melaka tempohari. Bagi yang tahu apa ‘projek-sulit’ disebalik kain ini, mungkin faham lah apa yang sedang saya lakukan. Bagi mereka yang tidak, akan tinggal menjadi tanda tanya apakah rasionalnya disebalik pemakain ‘kain apron’ ini dimata mereka.

Saya: Ini sahaja yang dapat saya kutip dari FB, blog rakan-rakan yang saya lawati. Saya tertanya-tanya adakah lagi gambar-gambar candid saya diluar sana, eh ceh ceh! Kalau ada sila tag saya di FB..huhu!

14 thoughts on “Disebalik kain…

  1. izzahazfar says:

    fuh!!..tabik!cayalah kak!mmg suka dgn gambor yg last!!zah tak pernah wat lak..hehehe..mau acik try nanti..

  2. amirah says:

    fuyooo..mmng respekla..saya pun baru je atasi rasa malu nak myusukan di public..

  3. SlingMeMama says:

    yatie, hang annoucend kat fb la sapa ada gambar hang pakai apron, sure penuh sebakul. kekeke. gambar hang pampuing dan babywearing tu paliong best. hang simpan noo, nti ada contest, masuk tau… biasa jumpa BF dan bw, tp ni sgt unik.

  4. kotoko_pink says:

    caya la.. hebat kn kiter ni..we are the exclusive pumper ! :pi mmg sll nursing in public dlm RS..ignore jer biler ader org stare kt kiter..hahan sll biler nk mkn kt restaurant,my hubby alwiz asked the waiter to find us a secluded spot , so, sng skit nk breastfeed.normally, ms nk latch tuh, kaver dgn menu book yg besar n pnjg tuh ..hahau sll breastfeed in public cane?

  5. adiqsu says:

    salaam..luv ur stories..GL momma..nk minta kebenaran share ur stories with colleagues in our company BF support club..:)TIA

  6. Hayatie says:

    zah: tu lah gunanya babywearing ni..hihiamirah: tahniah!shida: kalau ada contest tu jgn lupa habaq noo! :)kotoko pink: betul, ada seribu satu cara bagi nak menjayakanya, terpulang je pada diri indvidu samada nak atau tidak.adiqsu: silakan, terima kasih yer!

  7. Hazu~ says:

    waahh.. tak nampak macam tengah pam pun. menariknya. pakai pam ape ye? saya try pakai nampak sangat terbonjol kat situ. so tak berani pakai pam kat luar.

  8. Hayatie says:

    Hazu: Part terbonjol tu memang nampak sebenarnya kalau tengok secara real life and front-to-front..cuma dalam gambar plak dia ada macam ala-ala ter-cover plak. Tapi takpa, biar terbonjol je saya tetap selambar je..cuma kdg2 tu malu juga, tu yang tertunduk-tunduk tu. Saya guna Freestyle🙂

  9. Fid says:

    lps ni kita jahit yg lebih voks nak???yang sapa tgk rasa nak pakai juga kakakakaka

  10. Hayatie says:

    Fid: Haha..camana nak buat kasi vogeh tu, letak dat lah kasi shape skit..kikiki!

  11. huhu cunz acik pumping still stylo.. yeah gamba kite pun ade 3. ade lagi tak upload nanti kite godek2 kalo ade yang best. yeah kite pun nak jahit letak riben riben aci tak

  12. Ninie says:

    Caiyooo!!!! mmg hebat.. sy penah buat pun kat umah aje.. depan mak ayah.. ehehehe

  13. M Aida says:

    ermm cayalah…akak guna medela freesyle ke? tak bising ke ek?

  14. Hayatie says:

    M Aida: Yup, guna FS, kalau pumping kat luar memang tak dengar bunyi FS tu sebab dah dikaburi dengan bunyi persekitaran je🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: