Sekitar bengkel ‘Code of Ethics’ IBFAN

Seharian saya menghadiri Code of Ethics Workshop daripada IBFAN memang betul-betul menaikkan aura saya yang selama ini lebih fokus ke arah untuk mempromosikan penyusuan susu ibu yang sekarang ini sudah bertukar kepada ingin menjaga dan menyelamatkan penyusuan susu ibu itu sendiri daripada segala ancaman.
Saya berkata-kata, andai kata bengkel ini dapat didengari, diikuti atau dijadikan seperti kempen berterusan terutama pada masyarakat diluar, barulah mereka tahu betapa selama ini kita telah dipropaganda oleh syarikat-syarikat pengeluar susu tiruan ini didalam strategi pemasaran mereka.
Tak rugi rasanya malah bersyukur dapat ke bengkel IBFAN ini. Selain daripada buku-buku yang dibeli, banyak juga risalah-risalah, buku malah dapat set poster lagi.

Diantara objekftif dan peranan Kod tata etika ini (International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes) adalah menjaga dan mempromosikan penyusuan susu ibu itu dengan memastikan pemasaran dan pengedaran daripada syarikat-syarikat pengeluar makanan bayi ini mematuhi etika yang telah digariskan.

Kod etika ini dikenakan pada produk-produk alternatif kepada penyusuan yang dipasarkan sebagai pelengkap atau pengganti kepada susu ibu. Produk-produk alternatif kepada susuibu ini termasuklah makanan dan minuman seperti Infant formula, Follow-up milks, cereals and vegetables mixes serta juices and baby teas. Kod ini juga dikena kepada pengeluar botol susu dan puting tiruan.


Salah satu trend yang semakin menjadi fenomena didalam pemasaran syarikat-syarikat pengeluar susu tiruan ini adalah dengan menambah pelbagai nutrisi-nutrisi seperti DHA, AA, Prebiotic dan bermacam-macam lagi yang dicipta kedalam susu tepung dan mengggunakan slogan-slogan yang menunjukkan keistimewaan nutrisi tersebut kepada bayi. Sehingga membuatkan ibu-bapa percaya bahawa kebijaksanaan, kepintaran, kecerdikan bayi hanyalah datang daripada susu yang direka ini.

Gambar-gambar visual bayi memakai mortar board, bayi dan komputer dan pelbagai taktik untuk menampakkan kesan pengambilannya kepada bayi menyebabkan ibu-bapa sanggup berhabis berpuluh-puluh ringgit demi untuk mendapatkannya. Di tambahlagi dengan rekaan grafik yang menarik secara tidak langsung menenggelami khasiat susu ibu itu sendiri, sumber makanan yang penuh khasiat yang terbaik untuk bayi.

Menurut IBFAN, penyataan-penyataan daripada syarikat pengeluar susu ini mengenai kebaikan-kebaikan nutrisi yang mereka reka seperti atau menyerupai dengan khasiat yang terkandung dalam susu ibu adalah misleading dan tidak disokong dengan bukti-bukti saintifik dan melanggar kod tata etika pemasaran susu alternatif (The International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes)

Kesungguhan strategi pemasaran mereka betul-betul dapat mengaburi disebalik cara pembuatan susu tiruan itu yang sebenarnya. Gaya rekabentuk, slogan-slogan yang sangat ‘power’ di tambah lagi dengan ‘khasiat-khasiat nutrisi’ yang dipropagandakan sehingga ianya menjadi satu brand yang premium.

Selain daripada itu, pemasaran botol susu, puting, dan puting kosong jugh termasuk dalam kod tata-etika ini. Pembuat dan pengedar adalah dibenarkan untuk menjual namun ianya tidak boleh diiklan, dipromosi dalam semua cara. Label pada produk-produk ini tidak seharusnya menunjukkan galakan untuk menggunakan atau seolah-seolah seperti untuk mengantikan penyusuan susu ibu itu sendiri.

Ayat-ayat seperti ‘breast-like feeding‘, ‘easy transition between breast and bottle‘, ‘closer to the breast‘ dan berbagai-bagai lagi ayat yang menggambarkan ianya seakan penyusuan susu ibu adalah sama sekali melanggari kod tata etika yang telah ditetapkan. Walaupun kita seakan tidak nampak apakah impak yang boleh diberi daripada hasil pemasaran botol-botol dan puting-puting susu ini secara berleluasa seperti impak yang lebih nyata daripada pemasaran susu tiruan, namun sebenarnya ianya boleh memberi kesan kepada penyusuan susu ibu itu.

Ada banyak bukti-bukti bergambar yang ditunjukkan didalam buku ini, yang saya hanya sempat untuk scan beberapa fakta yang saya anggap penting untuk dikongsikan bersama. Dan banyak lagi sebenarnya yang ingin saya cerita dari apa yang saya dengan sepanjang bengkel sehari bersama IBFAN yang betul-betul membuatkan saya membuka mata dengan lebih besar lagi apakah kesan-kesan daripada strategi-strategi pemasaran yang sungguh agreasif ini daripada syarikat-syarikat pengeluar susu tiruan dan seumpa dengannya yang boleh melenyapkan usaha-usaha untuk memartabatkan penyusuan susu ibu itu, jika kita juga tidak turut sama untuk menjaganya dari sebarang bentuk ancaman yang boleh mengugat penyusuan susu ibu itu.

Setelah bertahun-bertahun kita hanya mewar-warkan kebaikan-kebaikan penyusuan kepada masyarakat hanya dengan kenyataan yang bersifat tidak aggresif, tidak membandingkan dengan mana-mana alternatif seperti Apakah kebaikan penyusuan, Risiko-risiko yang dihadapi jika tidak memberi penyusuan dan sebagainya. Kini, kebanyakkan kumpulan-kumpulan aktivis penyusuan susu ibu ini dengan lebih agresif mengeluarkan risalah-risalah seperti ‘Risk of Formula Feeding’ dan berbagai-bagai lagi.

Sebagai contoh, strategi pemasaran susu tepung terutamanya kepada negara-negara dunia ketiga yang betul-betul memberi impak kepada masyarakat dan masalah kesihatan yang timbul akibat dari pemasaran yang bercorak agresif didalam negara-negara ini. Untuk pembacaan lanjut mengenai kempen ‘The Baby Killer’.

Tahukah kita?
Nestle adalah syarikat pengeluar susu tiruan dan makanan bayi yang terbesar di dunia. Nestle menduduki tangga teratas dengan memegang sebanyak 40 peratus daripada jumlah pasaran produk makanan yang dianggarkan bernilai USD 17 billion.

Menurut IBFAN daripada terbitan ‘The State of the Code By Company 2004’. Sebanyak 16 syarikat pembuat makanan bayi dan 14 syarikat pengeluar botol dan puting tiruan adalah dikalangan syarikat-syarikat yang dikawal & dipantai didalam 69 buah negara seluruh dunia, dari segi pengamalan strategi pemasaran mereka.

Dan dikalangan itu lah, Nestle dan Nutricia adalah diantara syarikat-syarikat yang paling banyak melanggar kod tata etika pemasaran susu altenatif dan makanan bayi ini. Diikuti oleh Wyeth, Mead Johnson dan Abott-Ross. Nest

Didalam terbitan ini juga menyatakan kebanyakan syarikat-syarikat yang dipantau ini tidak menukar label makanan pelengkap mereka ke enam bulan. Dan tiada diantara kalangan pengeluar botol dan puting tiruan yang mengikut kod tata etika ini dan Pigeon dan Avent adalah diantara yang terburuk!

[Sumber dari buku: Fighting an Old Battle in a New World; How IBFAN monitors the Baby Food Market, by Annelies Allain]

Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi daripada buku-buku, risalah-risalah yang saya dapati dari IBFAN. Namun, untuk setakat ini lah dulu yang termampu saya kongsikan. Insyallah kalau ada lagi penemuan-penemuan yang menarik untuk dikongsikan dari pembacaan saya kelak, akan saya kongsikan lagi.πŸ™‚

Gambar-gambar sekitar bengkel satu hari tersebut. Diambil daripada Facebook rakan-rakan lain yang menghadirinya juga. Terima kasih!πŸ™‚

Annelies Allain, founder of IBFAN (Internation Baby Food Action Network) yang pada mula berpengkalan di Geneva. Annelies kemudian mengkoordinasikan The International Code Documentation Centre (ICDC) dimana, projek ofis yang di set-up di Penang, Malaysia.

Sebahagian poster yang kami dapati semasa bengkel ini.

Seperti biasa, ‘projek-sulit’ harus dijalankan..hihi!

Saya: Adakah anda semua merasakan aura & semangat yang saya rasakan ini, huhu!

6 thoughts on “Sekitar bengkel ‘Code of Ethics’ IBFAN

  1. yeah..! mmg semangat kan. rasa macam tertipu selama ini. alhamdulillah berjaya bfeed. kalau yg tak tahu tu, mesti sedih bile dah tahu..

  2. Hayatie says:

    fatin, bertuah rasanya kerana dapat ke bengkel tu kan. Takpa, semoga kesedaran yang kita ada ni akan dapat dirasai oleh lebih ramai orang lagi diluar sana, itulah fungsi lebih ramai PC-PC yang sudah terlatih kiniπŸ™‚

  3. Srifairus says:

    bestnyer.. nanti share la lg info pasal bengkel tu yerk..

  4. shakeymirza says:

    rasa da pandai sikit pasal susu yg buat kite jadi tipah tertipu.. apapun, syukur sbb kita tidak dikalangan tipah tertipu.. jom ramai2 b'feed kabn bayi masing2…

  5. Fid says:

    yooo code watcher!kihkihkihsaya sukaaasaya dah jd over plak nak ni asyik masuk 'lorong tu' ja nk tgk apa depa buh kakakaka

  6. Bestnya. Time ni tak dapat join.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: