MBfPC @ Fiesta Kajang

Setelah selesai program Latihan MBfPC di Melaka, sekarang adalah masa untuk menumpukan pada persiapan untuk program MBfPC menemui masyarakat di Fiesta Kajang (FK). Ini adalah kali kedua MBfPC mempromosikan fungsinya ke dalam komuniti sejak dari kali pertama di Karnival Sihat 1Malaysia tempohari.

Program MBfPC kali ini akan menemui komuniti setempat selama 3 hari dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Fiesta Kajang anjuran Majlis Perbadanan Kajang (MPKJ). Kami akan berada di Dataran Prima Saujana Kajang, bersebelahan McDonalds. Berbeza di Karnival Sihat yang berlangsung selama 1 hari sahaja, program MBfPC di FK kali ini akan berlangsung selama 3 hari, pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang 3 hari tersebut.

Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 3 hari tersebut adalah seperti pameran poster dan risalah mengenai Penyusuan Ibu, kuiz, tayangan video mengenai penyusuan, pertandingan mewarna dan yang paling penting adalah khidmat bimbingan dan sokongan dari para Peer Counselor yang hadir pada hari tersebut.

Ini adalah sebagai salah satu usahan para PC’s untuk memperkenalkan fungsi dan kewujudan mereka sebagai Malaysian Breastfeeding Peer Counselors didalam masyarakat. Diharap para PC yang telah terlatih ini dapatlah bersama-sama turun padang untu memberi khidmat dengan sukarelanya disamping dapat mempraktikan segala latihan yang telah diberi semasa latihan dulu.

Para ibu-ibu yang lain juga dijemput hadir ke booth kami di Fiesta Kajang itu untuk bersama-sama memeriahkan acara disana🙂

3 thoughts on “MBfPC @ Fiesta Kajang

  1. kat kajang, kat mner ek.. i dok bangi jer..cam boleh jer pegi

  2. Hayatie says:

    eh, sy lupa nak update lokasinya, dah update dah! Terima kasih yer🙂

  3. mummy-aulia' says:

    kak yatie, minta izin nak copy ke blog yer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: